Penerbit dan pelakon, Michael Ang enggan mengulas lanjut mengenai perbalahan antaranya dengan pelakon, Lana Nodin. Michael ketika dihubungi berkata, dia kini hanya menunggu surat saman daripada peguam pelakon itu seperti mana yang dilaporkan Harian Metro, semalam.
"Tak ada apa-apa komen. Tunggu saja surat saman dia," katanya kepada Harian Metro. Terdahulu, suami kepada Lana iaitu David Mackienzie sudah mengarahkan peguam menghantar surat tuntutan kepada Michael yang didakwa sudah mengeluarkan kenyataan salah terhadap isterinya. David berkata, surat tuntutan yang bakal dihantar kepada pengarah itu adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan 'perbalahan' yang tercetus membabitkan Lana dan Michael.
Menurut David, dia berasa kesal dengan tindakan pengarah itu yang melabel isterinya sebagai seorang yang 'bimbo' dan tidak menyokong petugas barisan hadapan. Sebelum itu, Lana menerusi perkongsian di Instagram menempelak Michael yang dikatakan telah masuk campur di atas kenyataannya berkaitan mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. -CARI Sumber: Harian Metro
|
fadz84 replied at 2-8-2021 03:00 PM
Dh kembung perut mkn popcorn.. sket2 nk saman.. hurmmm..
kiah_mai_pulak replied at 2-8-2021 03:04 PM
mcm gosip ni mcm baca gosip retis hollywood duk bercakaran yg di translate ke BM. rupanyaaaaa soran ...
fadz84 replied at 2-8-2021 03:06 PM
Kesimpulannya not classy at all.. hahaha
ADVERTISEMENT