CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Apa Guna Solat Tapi Tayang Body?" - Baby Shima Berang Ditegur Individu Munafik

2-8-2021 01:48 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 5967| Komen: 11|Original author: Oleh: LilRose

Penyanyi Baby Shima bengang apabila ibadah solatnya dipersoalkan pengguna TikTok.

"Bukan anti ditegur, tapi menegur bertempat, jangan merasa diri tu malaikat seakan akan semenjak lahir tak pernah buat kesalahan tapi kenyataanya... Banyak dah macam tu tunjuk macam ustaz," tulisnya.



Kredit foto: IG

Membalas kecaman individu terbabit menerusi satu video di Instagram, Baby Shima menegaskan tiada siapa berhak menilai orang lain apatah lagi amalan dilakukannya.

"Semalam Shima ada post content di TikTok. Lepas tu ada seorang mamat ni dia cakap 'Apa guna solat tapi tayang body'. Seakan-akan kau sorang je yang boleh solat dan kau boleh tentukan siapa yang sah dan tak sah solat," katanya.


Kredit foto: IG


Shima kemudian menempelak individu terbabit dan mendakwa dia seorang berfikiran kotor memandangkan pengikutnya sendiri terdiri daripada golongan wanita seksi.

"Bukan itu namanya munafik? Kalau nak tegur biarlah bertempat dan cermin diri dulu. Jangan bertopeng malaikat di sebalik perangai syaitan," ujarnya.



Tegas Shima, luaran seseorang tidak menggambarkan niatnya, hanya Allah SWT. yang tahu. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 2-8-2021 01:57 PM
hahahaha teringat kat twitter,
ada satu akaun ni dok meratib agama kesana kemari sekali kantoi likey likey pic nampak ketet pelesu fonen.
Yang ngelike onlyfans pronghub pun hadoo.
bila da kantoi mula laa tersungguh victim

Quote Minami2013 2-8-2021 02:17 PM
Solat tiang agama. Tu je nak ckp.
Quote LadyCarefree 2-8-2021 02:27 PM
Minami2013: Solat tiang agama. Tu je nak ckp.



Jadi baguslah dia solat. Kukuh tiangnya.
Quote pukulrata 2-8-2021 02:42 PM
ditegur salah tak tegur salah.jd semua serba salah - R.Azmi
Quote Zirara99 2-8-2021 02:48 PM
Macam la tk pernah kenal mamat hipokrit mcm dia cakap ni. Konon suruh awek sendiri tutup litup. Sekali nampak betina tayang nenen kau ushar gak. Tapi gf nk tayang nenen dia kau tk bagi katanya nanti semua org tengok. Kebanyakan lelaki hipokrit adalah dikalangan melayu islam. Kebenaran mmg pahit utk ditelan.
Quote Olumis 2-8-2021 04:57 PM
Comel Baby Shima ni
Quote Fly_over 2-8-2021 05:08 PM
solat tetap solat la. buat salah dpt dosa. buat baik tetap dpt pahala. tak kn org buat slh kt 1 perkara dah tak dikira buat baik yg lain. sblm ni ex tunang shafie naswib tu lepas pakai hijab buat statement sia2 dia solat selama ni sbb tak tutup aurat
Quote Jemahjemah1988 2-8-2021 11:44 PM
Solat tu mencengah kemungkaran.. Lama nanti bila dah selalu solat dia malulah tayang body dia tu.. Dari x solat langsung..
Quote Sham143 3-8-2021 01:05 PM
Bodoh punya statement siapa yg bercakap mcm tu.. Sama ada dia buka atau tutup aurat, dia wajib solat..  Itu tuntutan dan tanggung jawab dia sebagai seorang islam.. Ni yg susah bila ada orang pandai2 jatuh hukum dan buat kerja tuhan..Subhanallah
Quote likilu 3-8-2021 01:22 PM
Orang lain tegur, ustaz jugak kena fitnah.

Post dedah aurat dedah isi otak yg tak seberapa
Quote Whitepinkrider 4-8-2021 04:23 PM
netizen pun. mulut joyah

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.093114 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top