CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Datuk Tak Mengaku Lakukan Amang Seksual Terhadap 2 Cucu

2-8-2021 01:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2841| Komen: 12

Seorang datuk berusia 62 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini, atas dua tuduhan melakukan amang seksual terhadap cucunya, di antara Ogos dan September tahun lalu.

Tertuduh yang berasal dari FELDA Kepis Bahau Jempol, dekat sini, mengaku tidak bersalah, selepas pendakwaan dibacakan di hadapan Hakim Diana Md Razali.


Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas cucu kandungnya berusia 10 tahun dengan cara memegang kemaluan kanak-kanak itu.


Kredit foto: BH Online

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas cucunya yang berusia lapan tahun di tempat yang sama dengan cara memegang kemaluan kanak-kanak terbabit.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah Blok E, FELDA Kepis Bahau, Jempol.

Warga emas itu didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792), yang memperuntuk hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.


Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Harun, manakala tertuduh diwakili peguam, Haresh Mahadevan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh atas keselamatan mangsa.

Bagaimanapun, peguam bela tertuduh ketika membuat rayuan, memohon supaya mahkamah menawarkan jaminan yang rendah, berikutan tertuduh seorang peneroka FELDA dan tidak lagi berhubung dengan keluarga mangsa sejak Disember 2020, selain memberikan kerjasama dengan polis.

Hakim kemudian memutuskan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin, manakala tertuduh tidak boleh mendekati atau menggangu mangsa.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes itu pada 2 September depan.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MoneyMatters 2-8-2021 01:16 PM
OMG some people are just so sick. Meols punya paranoid sampai hari2 tanya anak ada org usik apa2 x n pesan kat anak apa2 pls share jgn senyap je..
Quote LostStar 2-8-2021 01:22 PM
daku anak takda.. tp ada anak buah.. slalu la pesan ke adik.. jaga anak ko elok2.. hantaq umah mak mentua dia ramai org.. daku risau.. gara2 org tak guna mcm ni la.. haih.. mintak jauh laaaa
Quote acikbrown 2-8-2021 02:05 PM
Adoiii takde benda berfaedah ke yg boleh dipegang?
Dah tua tua ni, pegang Quran ke, pegang tasbih ke...

Dah hilang anak cucu.
Quote nakkomenjugak 2-8-2021 02:09 PM
ko kenapa pokcik???
pandemik ni takde keje keee sampai 'sentuh' cucu bagai???
Ahhh sudahhhhh
Family sendiri pun tak boleh pakai, acaner???
Potong jelaaa tangan dia. pakej sunat sekali
bawak laaaa tobat cium sejadah tu haaaa
dah setengah abad dahhh punnnnn
Quote sukacactus 2-8-2021 02:14 PM
Tak kira tua ke muda, sapa pun xpatut buat mcm ni
Cucu ke ank sdr ke ank org lain ke, even haiwan skali pun ko takde hak
Kalau dah gatal sgt, pegang je la brg sdr
Quote doridori_hi 2-8-2021 03:06 PM
Sangappppp gap gappppp ....!!!!
Quote edayildiz 2-8-2021 03:15 PM
sejak kes bapak artis tu selalu plak keluar psl amang seksual..sblm ni haram i xpnh tau wujudnya perkataan amang seksual ni
selalu kes gini jd kt kg2..takde plak kan kes atok vvip..tanya jer


Quote 266799eMkaY 2-8-2021 04:07 PM
Ko yg patut protect cucu ko. Ni ko pulak jadi syaitan!
Quote Olumis 2-8-2021 04:34 PM
Hishh benci betul kes macam ni
Quote Black_Punk 2-8-2021 07:50 PM
Muda2 xnk mati.dh tua menyagap dekat cucu sendiri.
Quote Fortiori02 2-8-2021 10:10 PM
Kubo dah panggil, tp nafsu gak yg diutamakan.

Harap mak pak mangsa teruskan kes sampai jantan x guna ni ke dalam. Jgn pulak kes lom abes dah tarik balik repot atas alasan jantan tu dah insap la, kesian la bagai. Kesian kan dulu budak2 yg jd mangsa tu.
Quote Whitepinkrider 6-8-2021 12:28 PM
sula je atok gini.. aku kalau pasal budak ni, mmg kenot brain.. shial la

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.202570 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top