CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ais Di Greenland Mencair Lapan Bilion Tan Sehari

2-8-2021 12:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4754| Komen: 40

Copenhagen: Lapisan ais di Greenland mencair kira-kira lapan bilion tan sehari akibat gelombang panas. Lapisan ais meliputi wilayah Artik itu mencair selepas suhu melebihi 10 darjah Celsius berbanding musim biasa.


Laman web Polar Portal mendedahkan penyelidik Denmark menyatakan sejak Rabu lalu, lapisan ais mencair dua kali ganda daripada kadar purata normalnya pada musim panas.

Institut Meteorologi Denmark berkata, ketika ini suhu melebihi 20 darjah Celsius iaitu lebih dua kali suhu purata musim panas biasa direkodkan di utara Greenland.


Foto: AFP

Di lapangan terbang Nerlerit Inaat di timur laut wilayah itu mencatat 23.4 darjah Celsius pada Khamis lalu antara yang tertinggi dicatatkan di wilayah itu setakat ini.


Berikutan gelombang panas yang mempengaruhi sebahagian besar Greenland, ais yang mencair itu diibaratkan mampu menenggelamkan Florida dengan ketinggian lima sentimeter (sm).


Sebelum ini, runtuhan ais terbesar di Greenland iaitu pada musim panas 2019, namun kali ini ia lebih besar dan cepat.

Lapisan ais mula mencair bermula 1990 dan berterusan sejak 2000, malah dalam beberapa tahun kebelakangan ini lebih kurang empat kali ganda situasi itu berlaku.

Lapisan ais Greenland adalah jisim ais air tawar terbesar kedua di bumi dengan jarak hampir 1.8 juta kilometer persegi, iaitu kedua selepas Antartika.

Satu kajian Eropah yang diterbitkan pada Januari lalu mengatakan permukaan laut akan meningkat antara 10 sm dan 18 sm menjelang 2100 atau 60 peratus lebih cepat daripada tempoh diramal.

Sekiranya semua lapisan ais Greenland mencair, ia akan meningkatkan permukaan laut sebanyak enam hingga tujuh meter. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 2-8-2021 12:28 PM
Dunia makin panas
Pokok tetap ditebang yach
Quote Tinot7 2-8-2021 12:55 PM
Citer LA ditimpa bah tahun 5000 tuh is real gais!!!

Satu kajian Eropah yang diterbitkan pada Januari lalu mengatakan permukaan laut akan meningkat antara 10 sm dan 18 sm menjelang 2100 atau 60 peratus lebih cepat daripada tempoh diramal.
Quote Zack8hunter 2-8-2021 01:18 PM
Tinot7 replied at 2-8-2021 12:55 PM
Citer LA ditimpa bah tahun 5000 tuh is real gais!!!

Satu kajian Eropah yang diterbitkan pada Janu ...

tu lah..terus teringat citer mamat yg travel ke tahun 5000 tu.
Quote Tinot7 2-8-2021 01:20 PM
Zack8hunter replied at 2-8-2021 01:18 PM
tu lah..terus teringat citer mamat yg travel ke tahun 5000 tu.

Aritu indonesia nak pindahkan pusat dari jakarta ke kalimantan sbb bakalan banjir pada masa hadapan.. ntah apa citer pastu..
Quote jebatmaspunyer 2-8-2021 01:56 PM
I wish ada teknologi untuk buat rumah atas permukaan air laut y org boleh adapt.. kesian saper y dok dekat ngan pantai..
Quote Dwdrum 2-8-2021 02:03 PM
Pindah saja ke planet lain... Or else our species tidak boleh survive....
Quote MFR_IN 2-8-2021 02:08 PM
Jadi betul ke nanti lembah Klang juga tenggelam. Ada satu journal saya ada baca.
Quote chetimor 2-8-2021 04:33 PM
Malaysia dikelilingi laut cetek mcm laut china selatan,laut jawa.. Tak mustahil malaysia pun akan tenggelam.. Just fikir pergerakam plat bumi sentiasa berlaku sebab tu terjadinya 7 benua di dunia & tak mustahil malaysia akan jadi cam florida tu
Quote Meiizu 2-8-2021 04:35 PM
tengok video banjir kat china tu seram ye..abis kete dibawa arus laju
mcm air laut menolak
Quote Meiizu 2-8-2021 04:42 PM
Tinot7 replied at 2-8-2021 01:20 PM
Aritu indonesia nak pindahkan pusat dari jakarta ke kalimantan sbb bakalan banjir pada masa hadapa ...

sure byk birokrasi...bayangkan nak develop dari jungle jadi bandar.
info tak rasmi memang tak mudah
nak suap tanah penduduk kalimantan lagi..kampung2 dlm tu semua mintak duit

aku mula compare jugak cara tun buat cyberjaya dari hutan sampai ke sekarangdiorang kata malaysia tak seperti indon keadaannya.haa gitu....
tapi still cakap2 nak pindah jakarta ke kalimantan tu akan amik masa bepuluh tahun. sampai jokowo matilah
siap ada cakap MUSTAHIL TITIK

apapun aku reply postiv lah khenn...kalau tak jokowo tak start sekarang , bila lagi nak tunggu
Quote Tinot7 2-8-2021 04:50 PM
Meiizu replied at 2-8-2021 04:42 PM
sure byk birokrasi...bayangkan nak develop dari jungle jadi bandar.
info tak rasmi memang tak mud ...

Patut compare atuk buat putrajaya. Pindah sumer gomen sana.. tapi KL tetap sesak..

Tak tau dulu cyberjaya hutan. Dolu2 bangsar pun hutan, tapi era mak iols muda remaja la..
Quote rospinki 2-8-2021 04:53 PM
sbnrnya kehidupan manusia ni mcm semut je..kita je rasa kita besar.
pernah baca glasier mencair byk memberi kesan perubahan iklim dunia..sebab tu skrg makin extreme kejadian alam.
Quote Meiizu 2-8-2021 04:56 PM
Edited by Meiizu at 2-8-2021 04:58 PM
Tinot7 replied at 2-8-2021 04:50 PM
Patut compare atuk buat putrajaya. Pindah sumer gomen sana.. tapi KL tetap sesak..

Tak tau dul ...

Ehh aku silap ye..putrajaya
Maybe putrajaya cyberjaya bangsar masih dlm selangor.
Balik pasal kalimantan jauhh oo nak transfer segala facility,nak develop from zero dari jakarta
Quote Tinot7 2-8-2021 05:05 PM
rospinki replied at 2-8-2021 04:53 PM
sbnrnya kehidupan manusia ni mcm semut je..kita je rasa kita besar.
pernah baca glasier mencair by ...

Masalahnya kalau mesia dpt hujan pun best.. la ni panas terik memanjang jahh..

Byk air cair patutnya byk hujan juga.. tapi ntah la.
Quote Tinot7 2-8-2021 05:11 PM
Meiizu replied at 2-8-2021 04:56 PM
Ehh aku silap ye..putrajaya
Maybe putrajaya cyberjaya bangsar masih dlm selangor.
Balik pasal ka ...

Pindah gomen jahh dulu... jakarta mmg sesak la ni.
Pandai2 deme la nak bangunkan kalimantan. Bila bangun, sabah sarawak juga untung.
Quote tripleid 2-8-2021 05:17 PM
Sbb tu aku SGT2 benci manusia yg TEBANG POKOK!
Quote rospinki 2-8-2021 05:24 PM
Tinot7 replied at 2-8-2021 05:05 PM
Masalahnya kalau mesia dpt hujan pun best.. la ni panas terik memanjang jahh..

Byk air cair pa ...

semua tu ada kaitan..pasang surut air berkaitan dgn bulan. angin sejuk sepatutnya bertiup dari glasier ke kutub dunia sepatutnya memberi kesejukkan sekata tapi since glasier semakin mencair suhu rendah yg bertiup berkurangan menyebabkan dunia semakin panas dan hujan kecelaruan.sekian dari kaji cuaca..sapa dulu kawan keje kt jabatan meteorologi mst lagi tau.
Quote Artemesiaa 2-8-2021 05:33 PM
Welcome to waterworld
Quote naina 2-8-2021 05:35 PM
jebatmaspunyer replied at 2-8-2021 01:56 PM
I wish ada teknologi untuk buat rumah atas permukaan air laut y org boleh adapt.. kesian saper y dok ...

Nak kena tinggi mana plak rumah tu..bakalan tenggelam jua. Eloknya buat kapal laut ala2 rumah. Banjir je auto naik terapung

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.063885 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top