Wanita bengang dengan sikap beberapa jirannya yang 'menceroboh' taman di halaman rumahnya, setiap kali dia keluar bekerja. Menurut wanita berkenaan, jiran-jirannya akan memanjat tembok untuk memasuki halamannya dan bersantai selepas memastikan dia sudah keluar untuk ke tempat kerja.
Wanita berkenaan berkongsi kisahnya menerusi blog Mumsnet untuk meminta nasihat warga maya, lapor Metro.co.uk. Katanya, dia pada mulanya menyedari perabot atau barangan di tamannya sering berubah tempat atau terdapat 'kesan' yang ditinggalkan, lantas mengambil keputusan untuk memasang kamera litar tertutup. "Apabila saya memeriksa kamera, alangkah terkejutnya apabila mendapati jiran-jiran telah memanjat tembok pagar dan bersantai di taman saya dari pukul 2 petang hingga 8 malam. "Saya tidak tahu bagaimana mahu menanganinya kerana saya seorang wanita bujang, dalam masa yang sama saya tak mahu ia berulang.
"Mereka tidak tahu saya ada memasang kamera. Saya tertanya-tanya berapa lama ia akan berlanjutan," katanya. Ratusan pengguna Mumsnet berkongsi pandangan mereka, dengan rata-ratanya meluahkan rasa terkejut terhadap tingkah laku jiran wanita tersebut yang jelas kurang beradab. Sumber: mStar
|
riena3321 replied at 2-8-2021 11:28 AM
aku rasa mcm settle hutang sejuta bila jiran dari neraka aku pindah dah kelmarin dlu. Tuan rumah bua ...
ADVERTISEMENT