CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Lapar, Ayah Tawar Kasut Untuk Ditukar Dengan Susu Formula

1-8-2021 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4166| Komen: 25

Seorang bapa yang tidak mempunyai wang untuk membeli susu anaknya terpaksa ‘mengorbankan’ kasut kesayangan miliknya untuk ditukar dengan susu formula, lapor laman berita Suara.com hari ini.


Menerusi satu hantaran yang tular di Facebook, lelaki bernama Ari itu menawarkan sepasang kasut miliknya kepada mana-mana individu yang boleh memberikannya susu formula.


Kredit foto: Suara.com


“Mohon maaf, saya bukan menjual tetapi mencari barang pertukaran. Sekiranya ada yang berminat dengan kasut kulit jenama Draxvil bersaiz 41, saya mohon untuk ditukar dengan susu formula Dancow 1+ pek 1 kilogram.

“Maaf, jangan tanya harga kerana saya tidak menjual. Jika ada yang berminat, mohon ditukar dengan susu Dancow sahaja,” tulisnya pada satu hantaran di Facebook.


Sebaik mendapat tahu mengenai hantaran tersebut, Ketua Polis Solo, Ade Safri Simannuntak bertindak membelikan susu formula itu  kepada Ari yang dihantarkan oleh anggotanya ke rumah lelaki berkenaan.

Ketika bantuan diserahkan, seorang kanak-kanak berumur empat tahun yang dipercayai anak Ari dilihat sedang berdiri sambil menangis.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang telah diberikan ini,” kata Ari. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 1-8-2021 04:22 PM
Iols mmg tak voley tgk budak2 nanes la..
Quote Nana_Man 1-8-2021 04:25 PM
Kalau dah lebih setahun, bole bagi susu segar je. Cuma tak tau lah kt situ harga nye murah atau mahal.
Quote MoneyMatters 1-8-2021 04:53 PM
Sedihnyaaaa. Kasih seorang bapa kan. I doakan sgt2 keluarga ni dimurahkan rezeki dan Cepatlah pandemic ni berakhir. Semua org terkesan
Quote airmineral 1-8-2021 05:13 PM
kesiannnn la cite2 mcmni..huhu
Quote margo20 1-8-2021 05:14 PM
Aduh kesiannya baca
Anak aku minum susu pun kadang kadang tak habis
Geram nengoknye
Quote Fortiori02 1-8-2021 05:34 PM
Alahai kesian family ni
Quote MoneyMatters 1-8-2021 05:35 PM
margo20 replied at 1-8-2021 05:14 PM
Aduh kesiannya baca
Anak aku minum susu pun kadang kadang tak habis
Geram nengoknye

Kan.. Time time mcmni i pon bising kalau anak mkn x abis ke membazir ke. Dulu2 masa kecil mak selalu bebel ckp esok besar dh cari duiy sendiri fhm la nape dia bising jgn bazir haha. True enough, skrg meols pon rasa camtu
Quote BlousePutih 1-8-2021 05:37 PM
Comel bambam
Dah dah jgn nangis tu dah ad susu
Quote 266799eMkaY 1-8-2021 05:42 PM
Ya Allah.... hmmm
Quote Taniajingga 1-8-2021 05:53 PM
Sabarlah nak...
Quote alieyrina 1-8-2021 05:54 PM
Comelll nya...
Quote Ayda89 1-8-2021 06:27 PM
{:childlike Sedi baca berita macamni
Quote notyghosty 1-8-2021 07:30 PM
budak2 klu nangis sbb lapar, mmg emosi kita...cepat lah berlalu pandemik ni
Quote nakkomenjugak 1-8-2021 07:57 PM
Bertabah la nakkk
Quote I.K.A888990 1-8-2021 09:09 PM
Ya Allah kesiannya.
Quote kakigebang 1-8-2021 09:12 PM
semoga dikurnisskan rezeki dan kesihatan pada ayah dan keluarganya...sedih la aku baca, tgk kt shopee kasut draxvil ni lagi mahal dr susu formula, tp padahal, anak punya pasal apa pun kita akan ikhtiarkan...
Quote MontanaHannah 1-8-2021 09:23 PM
jgn kahwin dgn minah indon sudahlah

aku mmg anti jantan melayu kahwin dgn indon ke ,siam ke





Quote chahippo 2-8-2021 12:14 AM
{:cryrun{:cryrun{:cryrun{:cryrun
Quote MoneyMatters 2-8-2021 12:26 AM
notyghosty replied at 1-8-2021 07:30 PM
budak2 klu nangis sbb lapar, mmg emosi kita...cepat lah berlalu pandemik ni

Betul kan. Kita yg tua lapar xpe boleh anggap puasa kalau anak2 sedih

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.056374 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top