OTTAWA, KANADA – Seorang pakar sakit puan sebuah klinik kesuburan di Kanada bersetuju membayar saman berjumlah AS$10 juta (RM42.2 juta) kerana menggunakan sperma yang salah termasuk miliknya sendiri terhadap sekurang-kurangnya 100 pesakit wanita, lapor laman berita United Press International semalam.
Norman Barwin mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut tetapi memilih untuk membayar tuntutan gantirugi seperti yang dinyatakan oleh sebuah firma guaman yang mewakili sebilangan pelanggannya. “Barwin menafikan dan akan terus menafikan kesemua dakwaan plaintif,” kata laporan kes sebanyak 74 muka surat itu. Menurut perjanjian penyelesaian yang dicapai, Barwin memilih untuk menyelesaikan tuntutan tersebut bagi mengelak dirinya daripada terus membelanjakan lebih banyak wang untuk perbicaraan kes itu. Tuntutan mahkamah kes itu dikemukakan pada tahun 2016 oleh keluarga Dixon yang menuduh Barwin melakukan inseminasi buatan terhadap Davina Dixon menggunakan sperma miliknya dan bukannya sperma suami wanita itu, Daniel Dixon. Ia adalah susulan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada tahun 2016 yang mendapati Daniel bukan bapa kandung kepada anak perempuan pasangan tersebut, Rebecca Dixon. Sejak tuntutan itu dikemukakan, lebih ramai pesakit Barwin tampil mengemukakan tuduhan serupa. Daripada kesemua pesakit yang terlibat dalam tuntutan tersebut, 17 daripada anak yang terhasil itu merupakan anak kandung Barwin, manakala 83 lagi tidak diketahui identiti bapa kandung masing-masing. Menurut laporan, wang penyelesaian berjumlah AS$10 juta (RM42.2 juta) itu akan dibahagikan kepada semua keluarga yang terlibat dalam tuntutan itu. Ia turut melibatkan beberapa pesakit yang memberikan air mani mereka kepada Barwin, yang kemudiannya digunakan dalam proses inseminasi buatan terhadap pesakit lain. -CARI Sumber: Kosmo
|
Decaffeinated replied at 1-8-2021 04:48 PM
mungkin sperma2 lain yang didermakan kurang berkualiti
Semoga anak2 dermaan tersebut mewarisi kec ...
ADVERTISEMENT