CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Edika Yusof Dikecam Sebab Sokong Perarakan ‘Keluar Dan #Lawan’

1-8-2021 03:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5877| Komen: 23

Aktor Edika Yusof dikecam netizen gara-gara meninggalkan komen seolah-olah menyokong perarakan ‘Keluar dan #Lawan’ bagi mendesak seluruh menteri Kabinet meletak jawatan yang diadakan di ibu negara pagi tadi.


Berdasarkan komen yang ditinggalkan Edika dalam satu hantaran Facebook media tempatan, pelakon berusia 54 tahun itu berpendapat tindakan mengadakan perarakan tersebut adalah wajar sebagai simbolik mewakili ‘suara rakyat’ yang berani untuk mendesak kerajaan hari ini berundur (meletak jawatan).

Foto: IG


“Ini rakyat, bukan parti politik. Berani kerana benar. Kalau tidak buat begitu (perarakan), ramai lagi akan mati (akibat Covid-19). Tolong hormati mereka kerana berani,” tulisnya.

Menerusi komen yang ditinggalkan itu juga, pelakon yang pernah memegang watak Jeffri dalam filem Maria Mariana itu juga berkata, perarakan protes tersebut tidak perlu dibimbangkan kerana dilakukan di kawasan terbuka dan selamat.



“Diadakan di kawasan terbuka dan selamat. Vitamin D daripada pancaran matahari akan membunuh virus (Covid-19). InshaAllah,” katanya.

Bagaimanapun, pendapat yang disuarakan Edika itu tidak mendapat sokongan daripada netizen apabila rata-rata menghentam kenyataan tersebut dan menyifatkan pelakon berkenaan sebagai ‘tidak punya otak’.



“Artis jarang bijak. Ini semua pengikut politik. Rakyat sebenarnya duduk rumah,” komen seorang netizen.

“Sepatutnya awak ikut sekali perarakan. Barulah mereka akan bertambah semangat lagi dengan adanya ketua seperti awak,” kata seorang pengguna Facebook.




Terdahulu, satu perarakan protes oleh sekumpulan individu lengkap berpakaian hitam telah diadakan sekitar pukul 10 pagi tadi dari Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek menuju ke Dataran Merdeka.

Perarakan tersebut dibuat sebagai desakan agar seluruh menteri Kabinet meletak jawatan kerana didakwa gagal menangani Covid-19. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awanearisu 1-8-2021 04:29 PM

[youtube]CeHp8HwSO-M[/youtube]

Screenshot_20210801_161533_com.google.android.apps.docs_edit_2367749618800166.jpg

NZ Ministry of Health: Fleeting Contact


Quote AbukRokok 1-8-2021 05:02 PM
kecewala acik acik gersang
Quote imanjannah 1-8-2021 06:05 PM
emmm.. edika edika
Quote Ciktiekus 1-8-2021 06:18 PM
Muka anak pmpuan die paling badass
Quote sayawifenikmie 1-8-2021 06:44 PM
.... apa salahnya dia menyuarakan pandangan dia ... netizen punnn ...
Quote Burong_Hantuk 1-8-2021 06:46 PM
Anak2 semua ikut muka mak
Quote slyfynx 1-8-2021 06:47 PM
Hmmm, nk bg pendapat ok, tp, ayat terakhir tu....
Vit D boleh bunuh virus?
Adui.
Quote Jemahjemah1988 1-8-2021 06:58 PM
Bior kan ler dia nak sokong ke nak kecam ke.. Hak dia bersuara..
Quote asamfish 1-8-2021 07:31 PM
Kata negara demokrasi
Korang tak suka, itu hak korang la
Edika ada hak dia jugak
Kalau korang rasa, korang betul, Edika pun rasa dia betul......
Quote domok 1-8-2021 07:37 PM
Ya hak masing2. Masing2 ada pendapat. Tak payah nak kecam. Yang tak kisah dok rumah macam aku ni teruskan lah duduk rumah sampai mereput.
Quote Mamioomami 1-8-2021 07:39 PM
slyfynx replied at 1-8-2021 06:47 PM
Hmmm, nk bg pendapat ok, tp, ayat terakhir tu....
Vit D boleh bunuh virus?
Adui.

Kan. Nampak gaya macam serupa bijak tapi aduhaii
Quote nakkomenjugak 1-8-2021 08:13 PM
Aikkkk tak reti agree to disagree ke netizen malaya ni?
asal pendapat tak tally je, terus bash macam orang lain takde fikiran/pendapat deme sendiri
Poooodah!
ps: muka anak laki deme yang besongkok tu iras2 ex bf iols

Quote kaedahnya 1-8-2021 08:52 PM
hensem dia ni. anak pompuan dia muka macam mawar tudung faridah
Quote Dorotheas 1-8-2021 08:53 PM
Bahaya skrg tk bole beza pendapat...
Quote beta_carotene 1-8-2021 08:54 PM
Ciktiekus replied at 1-8-2021 05:18 PM
Muka anak pmpuan die paling badass

anak pompuan heols hensem ikut heols
Quote slavehunter 1-8-2021 08:58 PM
Anak perempuan cantik, anak lelaki gen terlebih kari kambing varuval pulak.

Apa pe hal pun bapaknye lah paling handsome sekali.
Quote asma87 1-8-2021 10:49 PM
Sbb uncle ensem Dan rajin jaga wife, aku sokong je uncle
Quote chahippo 1-8-2021 11:29 PM
banyak negara tengah protes kerajaan masing2. chill jela jadi pemerhati. yang tengah selesa dan terpaling priviledge time pandemik ni, takyah komen over sangat. rasanya penganjur protes dah outline SOP yang sepatutnya.
Quote Ayda89 1-8-2021 11:39 PM
napa edika tak turun sekali ?

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.063595 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top