CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sedekah, Doa, Buat Solat Sunat Taubat Jadi Amalan Fazura

1-8-2021 03:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12290| Komen: 75

Pelakon dan penyanyi terkenal, Nur Fazura mengakui akan sentiasa memperbanyakkan solat sunat taubat ketika berdepan detik sukar dalam kehidupan.

Fazura berkata, dia juga sering melakukan amalan bersedekah dan berdoa dalam kehidupan sehariannya.

Foto: IG


"Saya selalu akan banyakkan bertaubat, sedekah dan doa, Insha-Allah.

"Banyakkan juga melakukan perkara yang mulia secara diam-diam," katanya ketika menjawab pertanyaan peminat pada ruangan soal jawab (Q&A) menerusi Instagram Stories.

Difahamkan sesi ruangan soal jawab terbabit dibuka buat kali pertama kepada pengikutnya selain teruja untuk menjawab segala soalan yang diajukan.




Menurut Fazura, demi memastikan dirinya menjadi muslim yang terbaik dia juga akan sentiasa memperbaiki ibadahnya.

"Istiqamah dan sentiasa memperbaiki ibadah kita setiap hari. Perbuatan kecil tapi berterusan," katanya.




Dalam pada itu, Fazura turut menjawab pertanyaan peminat mengenai perancangan untuk menambah cahaya mata kedua.

"MasyaAllah Tabarakallah... Insha-Allah tak lama lagi?" tulisnya ringkas. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote auntyonion 1-8-2021 03:46 PM
Ok {:love
Quote Ieqa140388 1-8-2021 03:56 PM
She is so adorable
Quote ciksaenara 1-8-2021 04:00 PM
okey... alhamdulillah...
Quote Olumis 1-8-2021 04:12 PM
Betul la tu. Kita kena maafkan orang untuk hidup lebih bahagia
Quote kakakpositifker 1-8-2021 04:15 PM
Alhamdulillah
Quote Addrianna 1-8-2021 04:40 PM
Bodo betul lah Reporter cari ni dia buat QAA dengan fans pun kau nak buat thread keh bangang?aku rasa admin ni patut dh buang reporter cari ni dh lah buat thread ulang2 tak reti nak baca dekat bod ni sebelum publish

Berlebih lebih lah ayat kau olah untuk buat thread ni dia jawab pendik dan simple ja wei.bangang

Nah aku sertakan sekali

IMG_20210801_162822.jpg

IMG_20210801_162758.jpg
Quote tulip-rain 1-8-2021 04:41 PM
Eh si missfake tua ni.
Inilah yg dikatakan riak sejenis humble brag. Mmg betul kata @timohnotecah. Missfake dah jadi terpaling tanpa dia sedar.

Ape hari tu yg pajura ni merempan tu. Ibadah dan amalan adalah rahsia antara dia dan Tuhan. Hal personal katanya. Tak perlu disensasikan.
Tapi ni jawab pulak soalan2 mcm ni. Patut tak payah lah jawab kan. Ni nak jawab jugak. Nak bagitahu orang ramai amalan2 dia dalam pada acah2 hal peribadi lah sangat.

Pastu reporter pun ambik lah buat news. Pemuja2 missfake pun bace..cakap;
"ya Allah baiknya dia ni. Positif betul orangnya. Buat benda2 baik pun diam2 je. Jomlah kita beli tudung dia"...
Nak muntah baca ade yg cakap sentiasa positif tu
Korang tunggulah. Bnyk lagi amalan, ibadah dan doa dalam diam yg missfake nak tunjuk

Quote Addrianna 1-8-2021 04:43 PM
tulip-rain replied at 1-8-2021 04:41 PM
Eh si missfake tua ni.
Inilah yg dikatakan riak sejenis humble brag. Mmg betul kata @timohnotecah. ...

Antara orang bodoh yang tak pandai baca dan paham apa ayat orang tulis.kesian
Quote rainbowrainz 1-8-2021 04:45 PM
Comel nya Fatima..
Quote tunangku 1-8-2021 04:50 PM
Edited by tunangku at 1-8-2021 04:52 PM

insecure?


why kaka faz... IMG_20210801_164912_535.jpg
Quote tunangku 1-8-2021 04:55 PM
Addrianna replied at 1-8-2021 04:40 PM
Bodo betul lah Reporter cari ni dia buat QAA dengan fans pun kau nak buat thread keh bangang?aku ras ...

faz macam tak jwb soalan je dik..
peminat tu minta kata kata semangat
bukan minta tips @ cara
Quote tulip-rain 1-8-2021 04:59 PM
Addrianna replied at 1-8-2021 04:43 PM
Antara orang bodoh yang tak pandai baca dan paham apa ayat orang tulis.kesian

Ya Allah hazfy/addrianna. Ape uols ni. Dr tadi asyik tulis bodoh bangang je.
Ish ish.
Uols jgn marah2 okay. Sila ikut pujaan uols si missfake tu.
Mula2 uols perlu bnykkan bertaubat dan berdoa. Uols juga perlu sentiasa ingat dosa2 yg uols pernah buat. Ingat ye kena sentiasa ingat dosa.
Dan uols kena pakai tudung pajura baru kepala uols sejuk tenang je..takdelah panas gelegak asyik nak marah je ok.
Sentiasa positif ok.



Quote Addrianna 1-8-2021 05:02 PM
tunangku replied at 1-8-2021 04:55 PM
faz macam tak jwb soalan je dik..
peminat tu minta kata kata semangat
bukan minta tips @ cara

Lantak dia chouls ikut dia punya suka nak jawab soalan ikut apa yang dia nak
Quote Addrianna 1-8-2021 05:07 PM
tulip-rain replied at 1-8-2021 04:59 PM
Ya Allah hazfy/addrianna. Ape uols ni. Dr tadi asyik tulis bodoh bangang je.
Ish ish.
Uols jgn  ...

Apa2 saja lah chouls diri sendiri pun bertukar kulit tiba2 nak tuduh aku.ada aku kisah


Sebelum nak tegur orang diri sendiri tu betulkan dulu.

Quote zeitabaei 1-8-2021 06:57 PM
Kahkahkah kata nak keep personal hahahaha
Quote Jemahjemah1988 1-8-2021 06:59 PM
Bagus lah.. Mmg elok banyakkan solat taubat atas dosa dosa lampau.. Moga tuhan terima taubat.
Quote Tunan 1-8-2021 07:45 PM
zeitabaei replied at 1-8-2021 06:57 PM
Kahkahkah kata nak keep personal hahahaha

kalau dgn fans takpa...
Quote nakkomenjugak 1-8-2021 08:15 PM
Hensem laki ko
Quote cicicumel 1-8-2021 08:21 PM
Better fazura x jawab la soklan2 ibadah2 ni.. Bila reporter WPH ceduk igs buat berita, tak pasal2 dikatakan riak.. Kata between me n  Allah.

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.078813 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top