CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Terbaring Di Tepi Jalan, Rupanya Mati Akibat Covid-19

1-8-2021 03:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6549| Komen: 44

Kuala Langat: Polis mengesahkan lelaki yang ditemukan terbaring di tepi Jalan 3 Tepi Laut, Pekan Tanjung Sepat di sini, Rabu lalu, meninggal dunia akibat Covid-19.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata, pihaknya dimaklumkan penemuan itu oleh orang awam pada 5 petang hari kejadian.


Foto: Harian Metro

"Anggota kemudian menghubungi pegawai kecemasan Klinik Kesihatan Tanjung Sepat untuk bantuan ambulans ke lokasi kejadian dan sebaik pasukan itu tiba, pemeriksaan mengesahkan lelaki tempatan berumur 53 tahun terbabit sudah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Ridhwan berkata, siasatan awal yang dijalankan mendapati tiada unsur jenayah dan mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Banting untuk prosedur lanjut, sebelum mengesahkan kematian akibat Covid-19.


Terdahulu, video berdurasi 19 saat tular di laman sosial menunjukkan pasukan perubatan melakukan pemeriksaan terhadap lelaki berkenaan yang terbaring di tepi jalan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote samperit 1-8-2021 03:31 PM
Kesiannya
Quote ninja9 1-8-2021 03:34 PM
kejadian yang kita lihat berlaku di luar negara dah ada ditempat kita sekarang... mari sama-sama berkurung dirumah dan hindari jarak dekat dengan manusia lain
Quote zehra2 1-8-2021 03:37 PM
allahuakbar.. teringat awal covid dulu.. yg org tetiba jatuh kat jalanan..
ni bahaya kuarantin kat rumah... tak sadar dah jd kronik
Quote BawangCaramel 1-8-2021 03:41 PM
Innalillahiwainailaihirojiunn
Quote Ieqa140388 1-8-2021 03:47 PM
Ni ke yg kene virus delta tu ? Dlu tgk scene cmni kt china je. Awal2 corona dlu.. skang da smpai mesia.. risau nye
Quote LostStar 1-8-2021 04:03 PM
Ya allah
Mintak jauh la
Quote LostStar 1-8-2021 04:04 PM
Ya allah
Mintak jauh la
Quote 266799eMkaY 1-8-2021 04:08 PM
Selalu dengar berita macam ni terjadi kat negara orang... Sekarang kat negara sendiri. Hmmm. Jaga diri semua.
Quote AbukRokok 1-8-2021 05:00 PM
kepada #hmetro #kkm
terima kasih kerana mendengar cadangan saya
tapi kamu boleh claim apa saja kerana kamu ada kuasa


Quote Cieejiee 1-8-2021 05:09 PM
Kesian....
Quote abbyhoney 1-8-2021 05:22 PM
yg tak percaya tu selalu kan pertikaikan, mana ada org tergolek tiba2 mcm kt wuhan tu, tak ada pun so tak bahaya mana pun covid ni, mcm selesema je...kata mereka lah.
Quote any42 1-8-2021 05:23 PM
takziah
Quote anakmak 1-8-2021 05:54 PM
Jaga diri semua
Quote orgsepang 1-8-2021 05:58 PM
Aduhai, makin menakutkan. Semoga mangsa bukan dari ziarah menziarahi.
Quote delia3003 1-8-2021 06:12 PM
abbyhoney replied at 1-8-2021 05:22 PM
yg tak percaya tu selalu kan pertikaikan, mana ada org tergolek tiba2 mcm kt wuhan tu, tak ada pun s ...

Komen kat atas pun ada tak percaya tu. Ke hulu ke hilir, komen lebih kurang je. Harap tak kena atas batang hidung sendiri ler. Time tu baru nak #covidisrealguys.
Quote grouper 1-8-2021 06:16 PM
ninja9 replied at 1-8-2021 03:34 PM
kejadian yang kita lihat berlaku di luar negara dah ada ditempat kita sekarang... mari sama-sama ber ...

Yg kene keje p kilang,ofis mcm mana plak...follow sop pun blh kena gak
Quote Fortiori02 1-8-2021 06:30 PM
Allahu, kesian mangsa.
Quote Jemahjemah1988 1-8-2021 06:45 PM
Kesiannya.. Ajal maut dah ditentukan dia mana kita mati kat mana bila macam mana..
Quote nakkomenjugak 1-8-2021 08:15 PM
dah sampai ke malaya dah kes gini

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.052925 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top