Pelakon dan pengarah Erma Fatima tidak mempunyai pandangan berbeza terhadap usahawan dan influencer, Carl Samsudin. Di kala orang ramai berterusan menzahirkan kemarahan terhadapnya kerana memperlakukan seorang warga emas dengan biadab, Erma sebaliknya menganggap Carl seorang yang lantang dan tegas.
"Saya bukan setuju dengan tindakan dia tapi saya tak nampak dia biadab atau kurang ajar. Lain la kalau dia guna perkataan kesat atau kasar. Saya tengok video itu berulang kali sebelum nak beri komen. "Bagi saya, itu cara dia nak beri motivasi kepada golongan gelandangan terutama anak muda. Dia hanya jadikan pakcik itu sebagai contoh untuk anak-anak muda yang memilih untuk menjadi gelandangan. "Saya faham pakcik itu orang tua dan mungkin cara individu itu ada kasar sikit. Tapi saya melihat dia sebagai seorang yang sedang beri motivasi, dia cuma lantang dan tegas.
"Sebab ada kalanya, nak beri motivasi dekat orang gelandangan ini kalau cakap lembut... tak jalan. Saya pernah berdepan dengan orang gelandangan, jadi saya tahu perangai mereka macam mana," katanya ketika dihubungi mStar. Terdahulu, Erma mengulas mengenai isu itu di Instagramnya. Katanya, dia memahami apa yang Carl dan pakcik terbabit rasa ketika sesi motivasi itu.
|
edoraixora replied at 29-7-2021 05:35 PM
kak erma memang suka menongkah arus kot
suka di bagi perhatian gamaknya
since dia collaborate dgn ...
edayildiz replied at 29-7-2021 05:40 PM
bodohnya nk backup..
kalau bg motivasi kt sekolah dlu sesuai la ckp gini..pastu bdk2 sekolah pun nn ...
ezacbee replied at 29-7-2021 05:45 PM
Mok cun mmg camtu. Dia je betulll..
Masa motivasi sekolah, aku sorang je xnangis. Aku xpaham ke ...
ADVERTISEMENT