Ikan salmon kebiasannya hidup di dalam air bersuhu sejuk dan gelombang haba yang melanda Pacific Northwest baru-baru ini menyebabkan ikan itu seperti ‘direbus hidup-hidup dalam air panas’.
Berdasarkan video pemantauan yang dilakukan oleh kumpulan pemuliharaan, Columbia Riverkeeper pada 16 Julai lalu menunjukkan sejumlah ikan salmon jenis ‘sockeye’ di Sungai Little White Salmon, di sini mengalami kecederaan pada badan. Kulit sejumlah ikan salmon di sungai itu dilihat ‘tercabut dan terkoyak’, selain muncul kulat putih pada badan ikan itu, dipercayai akibat suhu air yang panas. Don Sampson dari Northwest Tribal Salmon Alliance memberitahu, salmon sockeye di Sungai Columbia semakin ‘nazak’ dan banyak yang mati. “Ikan-ikan salmon ini seperti ‘direbus hidup-hidup’ dalam air sungai yang suhunya tinggi,” katanya.
Ketika rakaman video itu dilakukan, suhu air sungai tersebut direkodkan setinggi 21 darjah Celsius dan boleh menyebabkan kematian kepada ikan sekiranya terdedah lama dalam suhu tersebut. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT