CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 9 Tahun 'Korban' Duit Mainan Kongsi Rezeki Dengan Jemaah Masjid

29-7-2021 02:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2386| Komen: 11

Tular di laman sosial mengenai kisah seorang kanak-kanak dari Mojokerto, Jawa Timur, Indonesia yang sanggup membatalkan hasratnya untuk menambah nilai permainan video demi berkongsi rezeki dengan jemaah masjid.


Tribunnews melaporkan, kisah kanak kanak bernama Richie Desviano, 9, mendapat perhatian netizen selepas ibunya, Mia Octavia, 27, memuat naik satu video di TikTok.

Menurut Mia, agihan makanan di masjid dilakukan pada Jumaat iaitu hari sama video dimuat naik di TikTok.



Mia berkata, pada mulanya dia memberi wang sebanyak 50,000 rupiah (kira-kira RM15) untuk Richie menambah nilai permainan video.

Dia sempat menasihati anaknya yang wang itu lebih baik digunakan untuk membeli makanan.

Tanpa disangka, Richie mengambil nasihat itu dan mengembalikan wang diberikan kerana mahu membeli makanan untuk jemaah masjid.

Menerusi rakaman video dimuat naik, Richie dilihat membawa makanan ringan dan susu untuk diagihkan kepada jemaah yang hadir menunaikan solat Jumaat di masjid.


"Selepas pulang dari sekolah, dia kembalikan wang itu kerana mahu gunakan untuk membeli makanan buat jemaah di masjid yang terletak di hadapan rumah," katanya.

Menurut Mia, dia membesarkan Richie seorang diri, sejak anaknya itu berusia dua tahun.

Katanya, sejak kecil lagi dia sudah mengajar anaknya itu untuk berkongsi rezeki.

"Saya ibu tunggal sejak anak berusia dua tahun dan sudah mendidiknya untuk tidak berkira.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 29-7-2021 02:12 PM
Bagus kau dik.. nanti jgn ikut perangai ya tak helok lagi2 jgn salah guna kuasa jizklongklong ye...
Quote batmana 29-7-2021 02:32 PM
maknya lawa plak
Quote nononcrux 29-7-2021 04:00 PM
alhamdulillah bagusnye anak dia
Quote nakkomenjugak 29-7-2021 07:09 PM
baguslahhhh gituuu....
Kongsi rezeki dengan orang
bukan hina gelandangan pastu beria2 jadik penyelamat kiriman tuhan
Quote Illayana 29-7-2021 07:39 PM
nakkomenjugak replied at 29-7-2021 07:09 PM
baguslahhhh gituuu....
Kongsi rezeki dengan orang
bukan hina gelandangan pastu beria2 jadik penyel ...

Hahahaha....Sampai ke sini marahnya

Alhamdulillah, anak2 mmg ibarat kain putih, ibubapa lah yg mencorakkan mereka.  
Quote Fortiori02 29-7-2021 10:37 PM
Semoga murah rezeki ko dik
Quote Olumis 29-7-2021 11:31 PM
Anak yang baik semoga sifat ini berkekalan hingga ke hujung hayat
Quote sw00sh 30-7-2021 12:02 AM
dah besar jangan jadi ponder yg sombong sudah la
Quote I.K.A888990 30-7-2021 02:24 AM
syabas adik
semoga murah rezeki adik sekeluarga ya
bagus didikan mak
Quote Jemahjemah1988 30-7-2021 04:38 PM
Ini contoh anak terbaik. Sejuk perut mengandung
Quote Artemesiaa 30-7-2021 05:34 PM
Hasil dari didikan yang baik pasti terhasil insan yang baik

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.077929 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top