Pemerintah daerah di Indonesia digesa agar tidak melupakan kebajikan golongan wanita yang menjanda selepas kehilangan suami akibat Covid-19, lapor laman hosp.id, hari ini.
Menurut Ketua Harian Pusat Pelayanan Terpadu Pemberdayaan Perempuan dan Anak (P2TP2A) Kabupaten Cianjur, Jawa Barat, Lidya Indayani, golongan janda juga layak mendapat perlindungan dan pertolongan untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak. “Semua pihak perlu ambil berat dan melakukan sesuatu tentang bagaimana hendak membantu kaum wanita yang kehilangan ketua keluarga. “Ada dalam kalangan mereka yang tidak pernah bekerja maka pemerintah setempat perlu peka dalam hal ini,” ujar Lidya.
Tambah Lidya, kebiasaannya tanggungjawab ini jatuh kepada ahli keluarga terdekat namun dalam situasi pandemik, keadaan menjadi sedikit berbeza. “Jika biasanya tanggungjawab ini diambil alih oleh kaum keluarga terdekat, namun dalam situasi pandemik, boleh dikatakan semua rakyat terjejas. “Maka tanggungjawab itu jatuh kepada pemerintah untuk melindungi kaum wanita bergelar janda yang hilang punca rezeki selepas kematian suami,” jelasnya. – CARI Sumber: Kosmo
|
brego replied at 27-7-2021 07:36 PM
apa pendapat @ifanonline ?
kalau lelaki pilih andartu, macam mana dengan naseb janda?
ADVERTISEMENT