Thailand pada awalnya menjadi antara negara yang disifatkan ‘bijak mengurus’ pandemik Covid-19 apabila kes jangkitan di negara ini tidak setinggi negara lain. Namun, keadaan itu berubah pada awal tahun ini apabila sedikit demi sedikit kes jangkitan mula meningkat dan akhirnya kini menjadi kebimbangan pelbagai pihak.
Ketika kes jangkitan dan jumlah kematian akibat Covid-19 terus meningkat, kemarahan rakyat turut memuncak terhadap kerajaan yang disifatkan ‘terlalu leka dan selesa’ dengan pandemik koronavirus di negara masih terkawal. Selain itu, masalah program vaksinasi yang kini berdepan dengan bekalan dos tidak mencukupi dan jadual penghantaran tidak menentu turut menambah ‘duka’ di Thailand. Pengkritik sosial dan penulis, Sarinee Achavanuntakul berkata, kebergantungan Thailand terhadap dua jenis vaksin sahaja iaitu AstraZeneca dan Sinovac menyebabkan masalah itu timbul selain mempersoalkan kenapa negara ini tidak menyertai program perkongsian vaksin, COVAX.
“Thailand kini hadapi masalah sama dengan negara lain akibat Covid-19, bukannya masalah lain dan kenapa tidak belajar dari semua itu? Kenapa tidak ambil langkah yang sewajarnya?,” soalnya. Dalam pada itu, banyak temu janji vaksin ditangguh susulan bekalan tidak mencukupi dan perkara itu meresahkan rakyat negara ini. Onamon Chairpramote berkata, dia dimaklumkan bekalan vaksin tiada dan tidak tahu bila stok baharu akan dihantar. “Ini semua sia-sia. Pihak berkuasa juga tidak maklumkan kepada kami bila bekalan vaksin akan tiba, sedangkan kes jangkitan terus meningkat,” katanya. Pada minggu lalu, Pengarah Institut Vaksin Kebangsaan, Nakorn Premsri membuat permohonan maaf terbuka kerana gagal membekalkan dos vaksin yang mencukupi utk rakyat negara ini. Sumber: Utusan
|
Kakpom replied at 27-7-2021 11:35 AM
Dan hari neh site aku semua bangla dicucuk vaksin. Rakyat sendiri pun ada lg tak cucuk.
delia3003 replied at 27-7-2021 12:09 PM
Tak payah nak dengki sangat ler. Dah diorang ni pun lubuk covid jugak. Ni salah satu cara nak li ...
mama_neko replied at 27-7-2021 12:16 PM
majikan kena bayaq kos apa ya. sbb kompeni laki aku pun masuk program ni, majikan dia kata klau t ...
delia3003 replied at 27-7-2021 12:22 PM
Kos pengurusan termasuk bayar sukarelawan dan kakitangan bertugas, sewa tempat. RM90 tak silap set ...
mama_neko replied at 27-7-2021 12:24 PM
owh patutla... okla program mcm ni,, cpt sikit proses dia..
maitang replied at 27-7-2021 12:02 PM
jgn ada variant baru lagi ganas muncul sudah...
delia3003 replied at 27-7-2021 12:33 PM
Kalau construction sector, ada yg ambik under CIDB, CIDB sediakan PPV, kos setiap orang RM140, CID ...
delia3003 replied at 27-7-2021 12:33 PM
Kalau construction sector, ada yg ambik under CIDB, CIDB sediakan PPV, kos setiap orang RM140, CID ...
ADVERTISEMENT