CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pokcik Nok Kawin Nge Weena Lepas Dapat Petunjuk Ditahan Polis

26-7-2021 01:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6062| Komen: 35

Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Syamey Sazali menerusi satu thread menceritakan kejadian ‘aneh’ menimpa keluarganya apabila seorang lelaki tidak dikenali menunggu di hadapan pagar rumahnya. 


Tindakan lelaki itu membuat mereka sekeluarga risau dan melaporkannya kepada polis sebelum dia ditahan.


Kredit foto: Twitter

It’s been a long day for my family. Ada orang kacau family aku, duduk depan pagar rumah dari malam semalam sempai ke malam ni, satu family duduk dalam ketakutan dari semalam.

Berbicara lebih lanjut, pemuda ini menjelaskan dia (individu misteri) datang ke rumahnya susulan mendapat ‘petunjuk’ selepas menunaikan solat di masjid. 

Apa yang lebih mengejutkan, lelaki misteri ini dipercayai bekas penagih dadah dan menceritakan dia mahu berkahwin dengan adik pemuda ini yang baru sahaja berusia 19 tahun.


Adik aku baru 19, dia tu dah 40 tahun, dia ni sebenarnya bekas penagih dadah, dulu dah okay dah tapi sekarang dia ambil balik benda tu.

Tadi polis dah cekup dia depan pagar rumah aku, bawak pergi balai, pastu polis call adik aku suruh cakap dgn dia terus terang cakap tak nak kat dia. Sebelum ni adik aku tak pernah menyembang pun dengan mamat tu. Dia ni waras jugak la sebenarnya, dulu okay je.

Difahamkan, lelaki misteri ini dipercayai sering kali menolong keluarga berkenaan dan mendapat layanan istimewa daripada keluarga itu. Setiap pertolongan yang diberikan, sudah pastinya dia menerima upah sebagai ganjaran.

Ayah aku layan elok je dia dulu. Dia suka tolong orang, tolong jadi driver ayah aku, tolong angkat barang, ayah aku selalu bagi duit, tapi dia ni suka buat hal, tak taw la pulak smpai ke tahap ni dia buat hal.

Pemuda ini pada masa sama menzahirkan rasa risau dan ‘takut’ jika lelaki misteri itu bertindak di luar kawalan dan menggunakan ‘alternatif’ bagi memastikan hasratnya tercapai dan berjaya berkahwin dengan gadis berkenaan.



Satu benda je aku paling takut, takut dia ada buat guna-guna kat adik aku ke, kat family aku ke, orang macam tu memang tak boleh fikir dengan waras dah tu. Selagi dia tak dapat apa dia nak, sleagi tu dia buat macam-macam. Hopefully tak da apa-apa la, mintak simpang malaikat 44.

Ujar pemuda ini lagi, lelaki berkenaan sudah pun ditangkap pihak polis dan akan dikenakan hukuman penjara selama lapan bulan.

Update: Laki bod** tu dah memang kene tangkap dah, sekarang kat lokap, tak silap dia kene duk situ 2 bulan lepas tu dia akan dipenjarakan selama 6 bulan. Total 8 bulan. Tapi tu la, 8 bulan je, dulu pun dia masuk penjara setahun, dapat keluar pastu boleh buat perangai balik.

Dia juga menceritakan lelaki misteri itu sudah lama menyimpan perasaan terhadap adiknya. Pada masa sama, dia turut kesal dengan apa yang terjadi dan perkara tersebut secara tidak langsung dijadikan pengajaran buat keluarganya.

Aku baru dapat tahu dari family aku sebenarnya laki tu ushar adik aku dah lama dah, tapi dia kata dia cuba nak alihkan pndangan sebab dia dah anggap sebgai adik je, aduhh scary la ba**. Lepas ni mmg tak la family aku nak buat baik dengan dia, orang buat baik sebab kesian, tapi ni balasan dia buat kat family aku.


Sumber: OHBulan
2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote glump 26-7-2021 01:40 PM
Mcm labu labi jadi orang gajian dirumh haji Bakhil sebb suka Kat ank hj bakhil,manisha hehhe.
Quote tikusmontok 26-7-2021 02:08 PM
Kelate budu mmg sebut nge nge ke ..nge abah kau
Quote kyozsamurai 26-7-2021 02:10 PM
bahaya tul...lepas ni kena lebih berhati hati
Quote batmana 26-7-2021 02:16 PM
rumah sebesar camni, smpai pagar duk jauh benar
psg ajala pagar letrik/upah bodyguard/psg anjing

bole aja
Quote shernazz 26-7-2021 02:17 PM
Seram wei ..
Iols pernah kena gini
Report polis
Pastu dia gi ngekor kat tmpat lain plak
Gila wei..
Quote laradelara 26-7-2021 02:20 PM
Taik dadah meme lagu tu lah
Hati-hati je lah si adik manis
Quote berrygurl 26-7-2021 02:30 PM
Point nyer dia je dpt petunjuk..dak weena tu x dpt petunjuk pape..semak {:laugh
Quote umbut 26-7-2021 02:34 PM
Tak yah buat baiklah ngan taik dadah.. Serammm.. Lagi yg ada keluarga.. X pasal2 jadi mangsa bunuh cam kes2 sebelum ni
Quote nononcrux 26-7-2021 02:59 PM
batmana replied at 26-7-2021 02:16 PM
rumah sebesar camni, smpai pagar duk jauh benar
psg ajala pagar letrik/upah bodyguard/psg anjing

...

org kelantan kaya-kaya ye.. fuh besar btl tanah rumah syg kalau tak terjaga.. btl la kau ckp
Quote crossline 26-7-2021 03:03 PM
Dia ingatkan orang baik dgn dia sebab berkenan nak buat dia jadi menantu/suami...alahai....
Quote naina 26-7-2021 03:10 PM
Semoga adik mung selamat dan tidak diapakan..bahaya weh orang dadah Gini. Psiko. Takut dia follow je g mana..Comey ngat ke adik mung tu? Gambo mane gambo ya
Quote Straya 26-7-2021 03:55 PM
Baiknya pakcik tu cakap elok2 & mamat tu pulak menjerit2. Kalau bapak aku dah lama dia halau & terajang aje
Quote asyriqa 26-7-2021 04:01 PM
Ke mung nok tumpang kekayaang org tu..dalang pale doh berangang duit banyok buleh tiak2 beli dadoh seguni wat ngisak bengongg
Quote mejaputih 26-7-2021 04:02 PM
knp dia sebut lelaki misteri? dah lama dorg tahu kewujudan dia takde la jadi misteri kan...
Quote jazaa100 26-7-2021 04:03 PM
Family dia memang kenal sblm ni......
Bkn lah misteri sgt.....
Quote helicornia 26-7-2021 05:03 PM
bg aku tk payah la up kt socmed benda gini. org tu tk betul. dh le tk dpt kawin ko malukan dia plak letak gambar dia kt socmed. kalau dia dendam camne
Quote any42 26-7-2021 05:15 PM
seram btul taik ddah mcm ni bt org xsenang dduk rsa hdup xselamat je.
Quote fatinandreanna 26-7-2021 05:22 PM
Berhati hatilah. Mamat tu psiko. Takut satu hari ni nnti dia buat benda xbaik sbb xdpt kt adik pompuan tu. Lelaki yg obsess ni obsession nya bertahan lama. Xmudah tukar ganti. Pindahkn adik tu tinggal tempat lain ke.
Quote nakkomenjugak 26-7-2021 06:03 PM
ni baik2 ada makna ke apa ni? risau wehhh dengan orang gini. macam2 benda boleh jadik. kunci rumah segala. pasang alarm macam orang obersi buat, yang boleh tengok kat fon tu.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.113528 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top