Keputusan kerajaan untuk membuka semula sekolah pada 1 September dipertikaikan banyak pihak. Ia termasuk bekas Menteri Pendidikan iaitu Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik.
Dalam satu kenyataan, beliau mendakwa ramai ibu bapa dan pendidik tertanya-tanya mengapa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tergesa-gesa membuat pengumuman itu? "Ramai ibu bapa yang merasakan apakah rasionalnya keputusan tergesa-gesa KPM sedangkan program agihan 150,000 komputer masih lagi belum selesai untuk membantu murid miskin. "Apakah pengumuman pembukaan semula sekolah pada 1 September ini sekadar menjadi alasan untuk tidak menyelesaikan baki agihan komputer yang dijanjikan itu?" katanya dalam satu kenyataan pada Khamis yang dipetik dari Sinar Harian. Berikutan itu, selebriti Wardina Saffiyah menerusi Instastory memuji keprihatinan Maszlee dan menempelak mereka yang memilih 'menteri yang tidak buat kerja dan merepek'. Dia juga berkongsi beberapa tangkap layar komen balas pada IGStorynya itu. Rata-ratanya daripada golongan guru menyuarakan sokongan terhadap Maszlee dan memuji hasil kerja dan idea bagus dilontarkannya sewaktu masih memegang jawatan Menteri Pendidikan. Malah, ada yang mendakwa masih mengadu kepada Maszlee berhubung dilema dihadapi mereka hari ini. Kata Wardina, dia berkongsi mengenai pandangan orang ramai di laman sosial supaya sedikit sebanyak dapat membersihkan nama Maszlee yang menjadi troll netizen. Wardina berharap agar ada pihak terbuka mata dan faham mengapa dia menyokong Maszlee. Maszlee ni menteri yang betul-betul disayangi warga guru terutamanya sampai mahu dia kembali menerajui kementerian berkenaan. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|