Penyampai radio Sinar FM, Hefny Sahad, 34, mengesahkan dijangkiti pandemik COVID-19. Menerusi hantaran dalam laman Instagram (IG), Hefny memuat naik gambar gelang berwarna merah jambu di pergelangan tangannya, semalam.
Hefny berkata, keadaannya kini semakin baik, berbanding beberapa hari lalu. Bagaimanapun, Hefny tidak berkongsi secara terperinci bagaimana boleh mendapat jangkitan virus berkenaan. Sebaliknya, berjanji menceritakan pengalaman yang dilalui, tidak lama lagi. "Semoga menjadi asbab penghapus dosa. Alhamdulillah, keadaan saya hari ini baik-baik sahaja berbanding tiga, empat hari lalu. "Nanti saya berkongsi sedikit kronologi dan simptom yang saya lalui sepanjang beberapa hari supaya dapat belajar sesuatu dan bersedia. Stay safe guys!," tulis Hefny. Sementara itu, ruangan komen Hefny dihujani ucapan pengikut dan rakan selebriti yang mendoakan Hefny segera diberikan kesembuhan. Tidak ketinggalan, rakan gandingannya menerusi segmen Duo Sinar di Sinar FM, Siti Elizad turut memanjatkan doa buat sahabatnya itu. "Aku doakan kau cepat sembuh okay! Walaupun kau suka sakitkan hati, aku doakan kau kuat dan diberikan kesihatan yang baik supaya kembali jadi supir aku seperti sedia kala," tulis Siti Elizad. Doa dan kata-kata semangat Siti Elizad itu kemudiannya dikongsi Hefny dalam IG Story. Sumber: BH Online
|
dua_chzy replied at 23-7-2021 01:26 PM
ABES LA KONEK MENGECIK.
dua_chzy replied at 23-7-2021 01:26 PM
ABES LA KONEK MENGECIK.
dua_chzy replied at 23-7-2021 01:26 PM
ABES LA KONEK MENGECIK.
MoneyMatters replied at 27-7-2021 10:36 PM
Who are yous hefny ni. Nama cam pnah dgr tp xtau apa cite top dia haha
heythere123 replied at 30-7-2021 01:17 AM
sebab dia banyak jadi side characters. Muka dia macam selalu ada, tapi nak pinpoint drama apa tu m ...
rayray28 replied at 30-7-2021 01:43 AM
cite maid kot dia berlakon...suke dia dlm cite tu
ADVERTISEMENT