Lelaki di Jepun hampir mati akibat kerap melakukan onani. Menurut Daily Mail, laporan doktor mengatakan lelaki berusia 51 tahun itu ketagihan beronani beberapa kali dalam masa sehari. Namun, tabiat buruk itu hampir meragut nyawanya tahun lalu selepas dia menderita penyakit strok.
Menurut Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), strok yang dialaminya boleh berpunca akibat ketagihan melakukan seks, batuk dan semasa pergi ke tandas. Lelaki itu diserang sakit kepala yang sangat menyakitkan sehingga muntah. Bimbang mengenai simptom yang dialaminya, dia kemudian ke Hospital Universiti Bandar Nagoya. Doktor mendapati dia mengalami tekanan darah rendah dan mempunyai tanda strok. Pakar perubatan kemudian menjalankan imbasan CT scan di bahagian otaknya bagi mengenal pasti punca simptom tersebut. Hasil kajian menunjukkan dia mengalami pendarahan subarahnoid iaitu sejenis strok yang mengancam nyawa yang disebabkan oleh pembuluh darah otaknya pecah.
Lelaki itu kembali pulih dan berada dalam keadaan sangat baik selepas dua minggu di hospital. Dr Masahiro Oomura dan pakar perubatan lain yang menerbitkan laporan kes itu tidak memberikan penjelasan mengenai strok yang dialami pesakit akibat beronani. Namun, menurut NHS, pendarahan otak boleh berlaku akibat latihan fizikal seperti mengangkat sesuatu yang berat atau melakukan hubungan seks. Terdapat 4,800 kes pendarahan subarachnoid setiap tahun di United Kingdom dan kebanyakan kes dialami oleh pesakit berusia antara 45 hingga 70 tahun. Sumber: Utusan
|
Adrif replied at 25-7-2021 12:51 AM
aiyo pakcik.. umo macam tu..
kalau muda awal 20'an, faham ler.. ini separuh abad..
Adrif replied at 25-7-2021 12:51 AM
aiyo pakcik.. umo macam tu..
kalau muda awal 20'an, faham ler.. ini separuh abad..
gideoncross replied at 25-7-2021 11:07 AM
Iol prnh tngok or bca kat FB ke apa, x ingt lgi yg kat Jepun rmai llaki yg x brkhwin wlaupn dh stn ...
Tinot7 replied at 25-7-2021 11:55 AM
Ni perkara biasa utk lelaki ka? Beberapa kali sehari?
Lelaki di Jepun hampir mati akibat kerap me ...
jiwasemangat replied at 25-7-2021 12:28 PM
..sebelum ini..ada kes org onani sampai mati kahh..?
Aliaskotonggo replied at 25-7-2021 12:24 PM
napsu tak mngira umur bang. dari budak kecik yg merogol sampai ke atok yg mati sakit jantung atas ...
Adrif replied at 25-7-2021 05:16 PM
tau tu. area rumah lama aku ada kes budak 11 tahun rogol budak 9 tahun.separuh mati budak tu kena ...
abangbikerz replied at 25-7-2021 05:28 PM
record aku waktu umur 13 tahun ialah 7 kali sehari
Aliaskotonggo replied at 25-7-2021 08:52 PM
aku agak punai kau dah rosak, jiwa kau pun menderita
abangbikerz replied at 25-7-2021 05:28 PM
record aku waktu umur 13 tahun ialah 7 kali sehari
ADVERTISEMENT