CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ustaz Dikecam Sombong Pilih Darah Penderma Beriman

24-7-2021 02:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8321| Komen: 85

Kenyataan pendakwah Indonesia, ustaz Yusof Mansur yang bersyukur kerana mendapat seorang Hafiz al-Quran sebagai penderma darah kepadanya hangat diperkatakan netizen, lapor laman Suara.com.

Kenyataan tersebut yang dimuat naik ustaz Yusuf Mansur menerusi laman sosial Instagramnya menyebabkan dia dituduh sebagai sombong dan memilih.

Ustaz Yusuf Mansur dimasukkan ke hospital selepas paras hemoglobin dalam darahnya rendah lalu terpaksa menjalani pemindahan darah.



Dalam hantarannya, ustaz Yusuf Mansur menulis seramai 10 hafiz yang sudah dipilih untuk mendermakan darah kepadanya dan individu yang terpilih adalah Syekih Baleid, seorang penderma darah dari Maghribi.

Menerusi Instagramnya, pendakwah itu memuat naik video dirinya yang sedang terbaring dan memaklumkan tentang keadaan kesihatannya.

“Dengan izin Allah S.W.T., hemoglobin saya masih ada lima. Sangat rendah namun masih hidup.


“Saya dibantu rakan-rakan dan pasukan doktor yang luar biasa. Barisan penderma darah juga yang soleh-soleh, alhamdulillah ada 10 orang dan yang terbaik akan dipilih,” katanya. 

Netizen rata-ratanya meninggalkan komen dengan mengatakan mereka tidak bersetuju dengan kaedah ‘pemilihan’ penderma yang dibuat ustaz itu.

“Pemindahan darah juga mahu pilih yang sama beriman,” tulis seorang netizen.

“Di sinilah saya melihat kebesaran Allah S.W.T. Saya tahu saya banyak dosa,  namun Allah memberikan saya kesempatan untuk mendapatkan darah daripada orang-orang terbaik di Bumi, dengan izin-Nya,” tulis ustaz Yusuf Mansur. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 24-7-2021 04:57 PM
Macam menarik kisah ni..
Quote Babai 24-7-2021 04:58 PM
Selamat jalan jela untuk jenis yang macam ni.
Quote Orix 24-7-2021 05:01 PM
Kahkahkah. Cemana ko tahu dia beriman ? {:smile
Quote Decaffeinated 24-7-2021 05:10 PM
Kalau dapat darah hafiz boleh jadi hafiz ka?
Quote meisapoya 24-7-2021 05:16 PM
Penunggang agama ramai sekarang.

Btw, ok je kalau nak pilih asalkan tak menyusahkan doktor & staf perubatan lain.
Quote batu kikir 24-7-2021 05:49 PM
Bolih belah la ostad tifoo.
Quote ilacantik 24-7-2021 06:16 PM
Takut lettew kot2 dapat darah si pemakan khinzir dan peminum arak.
Quote nakkomenjugak 24-7-2021 07:22 PM
aku bila baca suara.com, aku tahu dah dari mana.
Quote azurro 24-7-2021 08:35 PM
Pasti org mcm ni dalam hidupnya mengelak perkara syubhah apatah lg yg terang haram.. Moga hidup kita semua diberkati Allah.
Quote ninja9 24-7-2021 09:18 PM
Kesianlah yg nak darah utk rawatan tp darah tu bukan dari org yang beriman...
Quote dua_chzy 24-7-2021 09:21 PM
azurro replied at 24-7-2021 08:35 PM
Pasti org mcm ni dalam hidupnya mengelak perkara syubhah apatah lg yg terang haram.. Moga hidup kita ...

Ye ke? Ai doubt it. Kenal orang2 irl yang jaga betul hapa masuk dalam mulut dia, but selamberk skendel2 harom. Iyerk!
Quote MeghanK 24-7-2021 09:23 PM
off topic..blood donors tolong la g derma darah..meols dah 2 kali dapat msg suruh g derma tapi meols tak cukup 3 bulan lagi..kesian kat orang tak cukup darah
Quote umbut 24-7-2021 09:54 PM
Mengadalah... Acah2 ahli syurga... Org lain najis.. Dlm agama ada ajar mcm ni ke... Makin mengarut
Quote ultra78 24-7-2021 09:57 PM
Takbir aje la...
Quote _blackbird 24-7-2021 10:10 PM
MeghanK replied at 24-7-2021 09:23 PM
off topic..blood donors tolong la g derma darah..meols dah 2 kali dapat msg suruh g derma tapi meols ...

Iols bukan taknak derma iols tak layak utk derma darah. . ADA juga 2-3 cuba nurse yg check tu reject dgn alasan tekanan darah iols rendah
Quote MeghanK 24-7-2021 10:15 PM
_blackbird replied at 24-7-2021 10:10 PM
Iols bukan taknak derma iols tak layak utk derma darah. . ADA juga 2-3 cuba nurse yg check tu reje ...

kalau takleh derma takpe la nak buat camne kan..meols pon pernah kena reject sebab tido lambat..tido tak kualiti kata nya

lagi satu orang kata kalau derma darah jadi gemok jangan percaya k..mengarut semua tuh
Quote ultra78 24-7-2021 10:16 PM
MeghanK replied at 24-7-2021 09:23 PM
off topic..blood donors tolong la g derma darah..meols dah 2 kali dapat msg suruh g derma tapi meols ...

Awak blood type apa ye? Saya universal donor
Quote batmana 24-7-2021 10:18 PM
Hafal quran tu mmg bagus..tapi tkdela nabi ajar suruh mendewakan sampai cmni..

Ni dah serupa konsep kasta namanya
Quote MeghanK 24-7-2021 10:19 PM
ultra78 replied at 24-7-2021 10:16 PM
Awak blood type apa ye? Saya universal donor

same la..kalau tak cukup darah halo2 iols k..kita boleh terima darah sesama sendiri je

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.139773 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top