Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menyifatkan dakwaan kononnya beliau membuat pesanan nasi ganja dari sebuah restoran popular di bandar raya Ipoh, Perak menggunakan penghantaran helikopter, sebagai sesuatu yang lucu.
Beliau berkata, ada pihak menyalahgunakan gambar lamanya sedang makan nasi vanggey pada Disember 2020 untuk mengaitkannya dengan tindakan tersebut. Beliau berkata, daripada menggunakan penghantaran helikopter, lebih baik menggunakan perkhidmatan penghantaran sedia ada sekali gus dapat membantu usahawan kecil. “Lucu bila terima forwarded WhatsApp message kononnya saya order nasi ganja Ipoh guna helicopter. Mereka guna gambar lama saya makan nasi vanggey pada Dis 2020, tapi crop tarikh.
⠀ “Saya sebenarnya dah lama tak makan nasi vanggey, tapi dari order guna helikopter, baik guna delivery service yang banyak ada macam Nasi Kandaq Transporter, Nasi Kandaq Runner etc, boleh juga bantu usahawan kecil,” katanya dalam catatan Facebook beliau malam ini. Terdahulu, tular gambar kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di Padang Ipoh, Perak dipercayai milik syarikat swasta. Helikopter yang dinaiki dua lelaki itu dikatakan bertujuan mengambil tempahan nasi kandar dari sebuah restoran popular di bandar raya ini yang dikenali sebagai nasi ganja. Difahamkan, helikopter itu mendarat untuk mengambil pesanan 36 bungkus nasi ganja yang ditempah oleh pelanggan dari Kuala Lumpur di sebuah kedai menjual nasi kandar terkemuka di bandar raya ini. Sumber: UTUSAN ONLINE
|
supernaturalee replied at 24-7-2021 02:46 PM
Team csi tgh bekerja keras utk find out sape yg order tu
Kita tunggu....
LadyCarefree replied at 24-7-2021 06:13 PM
Dia ni bukan ke ada ramai acik porum berair pepek?
LadyCarefree replied at 24-7-2021 07:13 PM
Dia ni bukan ke ada ramai acik porum berair pepek?
LadyCarefree replied at 24-7-2021 09:48 PM
Muahahaha benda betul ler wahai momod. Takpe, momod ada power. Saya xde power. Saya akur. Takde ...
stingerspike replied at 24-7-2021 09:11 PM
Kedits berlemon lemon boleh la kau eksen jackson sebut takda hal.....cuba macam aku...sekali kena ...
stingerspike replied at 24-7-2021 09:07 PM
apa yg diban?
LadyCarefree replied at 24-7-2021 11:50 PM
Komen ni la. Tp kalau in quotes dia keluar. LoL.
LadyCarefree replied at 24-7-2021 11:50 PM
Takpe. Tu dah jd identity hang. Unique gitu.
stingerspike replied at 24-7-2021 10:59 PM
Semakin hari aku perhatikan semakin hampir board CI bakal jadi board agama.....
Kahkahkahkahkah ...
stingerspike replied at 24-7-2021 10:59 PM
Identity hotak kau berjambol....
Kahkahkahkshkahkah
ADVERTISEMENT