CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Direnjat Elektrik Ketika Nak Hidupkan Komputer

23-7-2021 07:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7054| Komen: 61

Seorang lelaki di Thailand maut akibat renjatan eletrik ketika berusaha menghidupkan komputer miliknya.

Mangsa diyakini menjadi mangsa pertama akibat aktiviti perlombongan mata wang bitcoin.


Danai Makmek terbunuh ketika membaiki komputernya di wilayah Chonburi, Selasa lalu.



Seperti pelombong matawang kripto lain, mangsa difahamkan menambah beberapa cakera keras untuk meningkatkan prestasi komputernya.

Lelaki berusia 26 tahun itu terkejut apabila melihat komputer miliknya tiba-tiba mati dan tidak menyala selepas dia cuba melombong bitcoin.

Danai kemudian meminta kakaknya, Apiwat Makmek membantu membaiki komputer.

Kakaknya ingin membawa komputer kepada juruteknik keesokan harinya, namun, mangsa tetap tidak sabar.

Hal ini disebabkan lelaki itu bimbang akan kehilangan ribuan dolar Amerika Syarikat (AS) kalau tidak melombongnya selama sehari.


Disebabkan itu, dia memutuskan untuk membaikinya sendiri.

Danai dipercayai maut selepas komputer yang digunakan untuk melombong matawang bitcoin meletup dan terkena renjatan eletrik. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grouper 23-7-2021 07:12 PM
Melombong secara maya pun blh mati..
Quote nakkomenjugak 23-7-2021 07:22 PM
RIP.
Tak sabar punya pasal.
Quote Orix 23-7-2021 07:29 PM
Iols smpi skrg x faham acane melombong bitcoin ni
Quote Belibis 23-7-2021 07:30 PM
grouper: Melombong secara maya pun blh mati..

Macam tertimbus masa korek terowong la agaknya.tapi takde nyusahkan bomba .
Quote Ciktiekus 23-7-2021 07:33 PM
Belibis: Macam tertimbus masa korek terowong la agaknya.tapi takde nyusahkan bomba .

Hahahahahahahaha {:laugh
Quote lavendernovella 23-7-2021 07:44 PM
Sebenarnya aku tak paham pun apa kah itu melombong cara maya? Yang aku tau kalau nak join melombong bitcoin, kena keluar modal duit gak.

Sesapa boleh explain dgn mudah ?
Quote Nana_Man 23-7-2021 08:12 PM
Mcm main saham ke ni?
Quote helicornia 23-7-2021 08:13 PM
grouper: Melombong secara maya pun blh mati..

dia guna kuasa elektrik yg kuat kan. sbb tu sykt elektrik byk rugi sbb pelombong curi letrik.kt sarawak ada kes sampai terbakar rumah sbb melombong bitcoin ni
Quote helicornia 23-7-2021 08:14 PM
lavendernovella: Sebenarnya aku tak paham pun apa kah itu melombong cara maya? Yang aku tau kalau nak join melombong bitcoin, kena keluar modal duit gak. Sesapa boleh  ...

aku lg tk faham melombong dpt duit. apakah? senang btul hidup tk payah keje teruk melombong thru komputer dpt duit
Quote sambaldurian 23-7-2021 08:18 PM
ak pun sama, smpai sekarang x nmpak mcm mana bitcoin tu boleh jd harta/aset dgn melombong maya. melombong bijih timah jual kt kilang, dpt duit, ak faham. beli saham ( co. buat as pinjmn /bond dgn duit belian saham - ak fhm la jgk. yg melombong maya , curi letrik ni mmg ak x faham.
Quote djzara81 23-7-2021 08:23 PM
This is a really sad ending. Dulu2 mase bitcoin baru nak bertapak kat Msia, hubby aku invest skit. Server dia main tu kat Iceland. Memula aku blur gak concept mining bitcoin siap terbayang ada lombong bagai tuh. Then ada one time tu hubby untung byk tapi tak withdraw konon2 nk tunggu meletup. Skali ada tahun tu bitcoin crashed, cepat2 hubby kuarkan semua bitcoin invested sbb nak elak further losses. Rugilah skit tapi not so bad
Quote ultra78 23-7-2021 08:26 PM
No wonder

image.png

image.png
Quote ninja9 23-7-2021 08:45 PM
lavendernovella replied at 23-7-2021 07:44 PM
Sebenarnya aku tak paham pun apa kah itu melombong cara maya? Yang aku tau kalau nak join melombong  ...

Bila orang buat urusniaga dengan menggunakan bitcoin, maka ini perlukan komputer untuk mengira hal-hal urusniaga tersebut... komputer2 yang diperlukan ini banyak kerana memerlukan kuasa pemprosesan yang besar sebab melibatkan urusniaga di seluruh dunia.


Berbeza dengan urusniaga yang dibuat di bank, komputer2 yang digunakan adalah centralized..... maksudnya iaitu ada satu pusat yang mengawal, mengurus, monitor komputer2 itu semasa beroperasi iaitu bank.


Manakala komputer yang handle urusniaga menggunakan bitcoin adalah decentralized , iaitu tiada berpusat, tiada yang mempunyai kuasa penuh untuk kawal semua komputer2 yang digunakan dalalam operasi urusniaga bitcoin...... Siapa2 sahaja boleh tawar komputer mereka supaya digunakan untuk memproses urusniaga bitcoin. .... ganjarannya ialah jika komputer kita dipilih untuk mengira sesuatu urusniaga bitcoin, maka kita akan dibayar dalam matawang bitcoin.


Semakin banyak komputer yang kita tawarkan, maka lebih besar peluang komputer kita akan dipilih. Sebab itu orang sangup invest berpuluh ribu setup komputer yang banyak. Tetapi semakin banyak komputer, bil letrik pun semakin besar, dan ada ketikanya apa yang kita dapat itu tidak dapat menampung kos bil letrik. Sebab itu sering kita dengar orang curi elektrik untuk kegunaan melombong bitcoin iteww....
Quote slyfynx 23-7-2021 09:08 PM
Seperti pelombong matawang kripto lain, mangsa difahamkan menambah beberapa cakera keras untuk meningkatkan prestasi komputernya.


Hard disk untuk tambah prestasi?
Hard disk untuk tambah kapasiti.
Kalau die tambah RAM ke, GPU ke, paham la jgk aku.
Or tukar dari HDD ke SSD.
Quote Tinot7 23-7-2021 09:16 PM
Takziah kpd keluarga.

Kalau tak dpt duit byk tuh pada hari tu, pada hari2 lain dah dpt, kan?
Quote matbad 23-7-2021 09:22 PM
tgk cousin aku buat bitcoin asyuk. siap bwk kluar bmw 3series. no.plate pn kat 10k. tak mewah tp asyukk
Quote salmon-suki 23-7-2021 09:29 PM
Kwn ai dulu giler study psl bitcoin,forex yadayada..pstu ai tny,,dia explained,ai xfaham..dia pn gave up nak explained kt ai..hihihi~{:smile
Quote salmon-suki 23-7-2021 09:30 PM
matbad replied at 23-7-2021 09:22 PM
tgk cousin aku buat bitcoin asyuk. siap bwk kluar bmw 3series. no.plate pn kat 10k. tak mewah tp asy ...

Kezen sis guna mesin bitcoin tu ke korek duit?
Quote sharlenetexas 23-7-2021 09:32 PM
ultra78 replied at 23-7-2021 08:26 PM
No wonder

Setakat kipas kecik sebijik mana cukup. Kena sejuk beku mcm bilik server.

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.057564 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top