CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Kalau Jumpa, Dia Bagi Tak Kalau Kita Minta RM100 ?' - Rody Sindir Syed Saddiq

23-7-2021 05:47 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 7265| Komen: 24|Original author: Oleh: LilRose

Tindakan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon bantuan rakyat membayar ikat jamin berjumlah RM330,000 tidak disenangi ramai.

Ia termasuklah pemain gitar kumpulan Kristal, Rody atau nama sebenarnya, Mohd Rodi Baharudin.



Kredit foto: IG

Di Instagram, Rody menempelak tindakan Ahli Parlimen Muar itu di kala rakyat sedang susah dengan mengatakan beliau sudah boleh mengibarkan bendera putih.

"Korang rasa, kalau jumpa depan-depan dengan mereka (ahli politik), mereka bagi tak kalau kita minta RM100?

"Esok keluar tajuk berita 'Rakyat Malas Tak Kerja'," tulisnya di Instastory.


Kredit foto: IG


Terdahulu, bekas Menteri Belia dan Sukan itu dibicarakan atas tuduhan pecah amanah dana milik Parti Pribumi Bersatu berjumlah RM1 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, namun mengaku tidak bersalah.



Kredit foto: IG

Rody sebelum itu juga menyarankan golongan ilmuwan dan agamawan supaya menunjukkan teladan baik dipercayai susulan kontroversi Ebit Lew, Caprice dan Nadir.

Syed Saddiq bagi tak kalau kita minta RM100 kalau berjumpa depan-depan seperti dikata Rody? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 23-7-2021 05:50 PM
Nampak bahagia
Quote Pixie902 23-7-2021 05:57 PM
Artis ni toksah la bagi komen mcm ni...kalau nak bagi, bagi, tak nak bagi diam je.
Nanti kang dah tua sibuk masuk berita mintak rumah ppr.
Quote ezacbee 23-7-2021 06:11 PM
Hal camni nak komen dlm forum je.
Xpyh kat FB atau IG, selamat sikit
Quote nakkomenjugak 23-7-2021 06:19 PM
Jangan jerit kuat2
Meh sini Rody. Sini safe space
Quote haruslah 23-7-2021 06:26 PM
kesian ss
korang gi la derma
kalau i nak derma utk politik ni mmg xkan la. sorry
gaji diorg pun dah byk.
esok2 diorang pencen, korang kena keja lg
Quote matbad 23-7-2021 06:35 PM
ezacbee replied at 23-7-2021 06:11 PM
Hal camni nak komen dlm forum je.
Xpyh kat FB atau IG, selamat sikit

retis la ni haha
Quote anilanil 23-7-2021 07:28 PM
Duit ikat jamin bukan ke bole dapat balik? Kalau hang tak lari overseas la. Abis tu nape nak bukak tabung? Tabung Harapan zaman hang jadi menteri dulu dah audited blom?
Quote Pixie902 24-7-2021 01:31 AM
Dah terkumpul RM715573.77 within 24 hours.
Ramai je rakyat yg sanggup keluar duit utk apa yg mereka anggap worthy causes dan dlm kes ni solidarity behind Syed Saddiq.  Walau pun SS, family, and friends boleh je raise RM330,000 on their own tanpa public funding.
Semuga kebenaran terserlah.
Quote jalfa 24-7-2021 01:43 AM
Duit dlm asb tabung haji peti besi rumah patut ko guna dulu...pinjam mak abah ko kalo ada telo
Quote AshkieLa 24-7-2021 03:54 AM
senang nya lahaiii...
Quote dudaberhias 24-7-2021 05:51 AM
gaji SS bukan ke banyak dulu? cover la pakai gaji tu dulu sian ujung2 mintak derma jua...
Quote lalasahaja 24-7-2021 06:55 AM
Pixie902 replied at 24-7-2021 01:31 AM
Dah terkumpul RM715573.77 within 24 hours.
Ramai je rakyat yg sanggup keluar duit utk apa yg mereka ...

rezeki orang politik
Quote xAthenax 24-7-2021 07:18 AM
anak2 ini namanya MENCAPUB
bahasa forum
Quote supersudoku 24-7-2021 07:18 AM
Pixie902 replied at 24-7-2021 01:31 AM
Dah terkumpul RM715573.77 within 24 hours.
Ramai je rakyat yg sanggup keluar duit utk apa yg mereka ...

Yeah aku pon rasa..more utk tunjuk sokongan..
Quote missmeornot 24-7-2021 07:25 AM
Tak paham la retis ni semua isu nk menyibuk. Tak org ni org tu. Korang diam2 je sudah. Nama pun minta sumbangan. ko nak bg bagi la xnak bagi diam2 sudah. Bukan dia kutip rumah ke rumah. Btw dah cukup dah sumbangan tu. Nmpk tak rakyat Malaysia kalau dh benci dgn kerajaan MP minta sumbangan pun deols bagi
Quote Minami2013 24-7-2021 07:32 AM
Kes syed saddiq ni putera jamaica pun mencabup

Quote kucingitam 24-7-2021 11:44 AM
nak mencapub gak si rody ni...
Quote keretapilaju 24-7-2021 01:31 PM
Aku tak rasa dia mencapub.. walaupun dia retis, dia pun rakyat biasa mcm kita… mmg betul pun apa dia cakap… rakyat tgh susah, menteri mintak derma dlm 24jam dpt 700k lebih.. setakat utk ikat jamin dia… dermawan sungguh la rakyat msia ni.. mcm la si ss ni family & frens langsung takde duit.. g kutip kat kwn2 dulu la…
Quote tunangku 24-7-2021 03:29 PM
keretapilaju replied at 24-7-2021 01:31 PM
Aku tak rasa dia mencapub.. walaupun dia retis, dia pun rakyat biasa mcm kita… mmg betul pun apa di ...

Rakyat Malaysia kan mmg dermawan
Kalau tak takda la byk tabung sana sini
Belum masuk tabung tapir, harimau malaya, kanser dll

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.058514 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top