Sebanyak 13 laporan polis berhubung isu vaksinasi dibuat orang ramai. Bagaimanapun, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, isu itu tidak mempunyai kaitan dengan sindiket penjualan janji temu vaksinasi.
"Ada kes yang disiasat berhubung penjualan vaksin tetapi polis telah maklumkan kepada saya bahawa setakat ini tiada kaitan dengan kes vaksinasi," katanya pada sidang akhbar perkembangan PICK, di sini pada Jumaat. Hadir sama, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba. Menurutnya, di antara laporan polis berkenaan, terdapat kes suntikan kosong tanpa vaksin dan ketidakpastian petugas dalam pemberian vaksin. "Bagi kes suntikan kosong tanpa vaksin, ia berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kem Lapangan Terbang Sungai Petani yang mana jururawat mengaku telah berlaku kecuaian disebabkan keletihan yang dihadapinya," katanya.
Beliau berkata, surat amaran telah diberikan kepada jururawat tersebut oleh Panglima Tentera Darat disebabkan jururawat itu bertugas di kem tentera. "Jururawat berkenaan juga akan melalui proses tatatertib di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya. Khairy berkata, dua kes ketidakpastian dalam pemberian suntikan vaksin dikesan di PPV Banting, Selangor dan Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). "Dos tambahan telah diberikan kerana berlaku sedikit kekeliruan daripada petugas kesihatan sama ada dos yang diberikan sempurna atau tidak," katanya. Menurutnya, terdapat juga laporan polis dibuat penerima vaksin susulan tidak mempunyai sebarang kesan sampingan selepas mendapatkan suntikan. "Saya nak beritahu, kesan sampingan vaksin adalah berbeza bagi setiap individu. "Saya sendiri tidak mendapat apa-apa kesan sampingan daripada vaksinasi tetapi oleh kerana suntikan dibuat secara langsung dan dipaparkan, saya rasa tidak ada tuduhan vaksin kosong. "Ada yang dapat vaksin terima kesan sampingan dan ada yang tidak merasa kesan sampingan," katanya. Dalam perkembangan lain, Khairy berkata, orang ramai dibenarkan untuk membuat rakaman video sewaktu menerima suntikan vaksin Covid-19 sekiranya terdapat sebarang isu. "Ia (rakaman video) adalah kebenaran daripada saya dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba. "Saya harap ia berakhir di sini kerana kita tidak mahu petugas kesihatan terganggu dengan isu ini sejak dua, tiga hari kebelakangan ini," katanya. Sumber: Sinar Harian
|
green~tea replied at 23-7-2021 06:10 PM
Ada kaitan ke tak ni dgn kes doctor contract resign tetiba? Kot la lari dari kena tindakan...
Babai replied at 23-7-2021 05:34 PM
Apa tindakan yang dia kena? Takde cakap pun.
dua_chzy replied at 23-7-2021 05:49 PM
Tindakan tatatertib = warning.
Tu je. Nama je cam gempak. Hakikatnya weol gomen jaga gomen.
kads replied at 23-7-2021 07:35 PM
Biasa first step tindakan tatatertib adalah warning. Walaupun warning je, tapi rasanya masuk dlm b ...
belilies replied at 23-7-2021 06:07 PM
Tapi nurse tu keletihan kan? Kesian dikenakan tatatertib
ADVERTISEMENT