CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Khidmat Urutan Berahi Dan Khidmat Seks Semasa PKP

23-7-2021 02:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2771| Komen: 12

Kuala Lumpur: Masih ada sindiket yang menawarkan khidmat urutan berahi dan khidmat seks secara `curi-curi' buka premis sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 3.0 ini.


Jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, kegiatan maksiat itu berjaya dibongkar susulan pemeriksaan dilakukan pasukan khas Jabatan Penguatkuasaan (JPK) DBKL menerusi Tindakan Ops Patuh Terhadap Premis Perniagaan Komersial di 11 kawasan parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL).

Menurutnya, operasi pemeriksaan dilakukan membabitkan 434 premis bermula 16 Julai lalu sehingga semalam.


Foto: Harian Metro

"Melalui Ops Patuh DBKL kali ini, pemeriksaan membabitkan aktiviti perhotelan, pusat urut, perniagaan restoran, kedai runcit, pasar raya, kedai barangan am dan lain-lain aktiviti yang dibenarkan beroperasi semasa dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).


"Hasilnya DBKL mengesan tiga premis yang membuka premis dan menjalankan kegiatan maksiat dan pelacuran.

"Aktiviti tidak bermoral termasuk urutan seks ini dibuktikan susulan penemuan pelbagai barangan seperti kondom, minyak pelincir dan pelbagai alatan lain ketika serbuan dilakukan," katanya.

Susulan itu tindakan penutupan premis dilakukan mengikut Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976.


Foto: Harian Metro

"Sebanyak 10 notis kompaun turut dikeluarkan mengikut Akta 342 atas pelbagai kesalahan terhadap pemilik premis atau syarikat yang ingkar pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Turut diambil tindakan sita adalah terhadap penjaja warganegara asing di sekitar ibu kota," katanya.

Menurutnya, Ops Patuh DBKL ini akan diteruskan dari semasa ke semasa sehingga tamat tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) dikuatkuasakan.

"Tindakan khas ini dilakukan mengikut bidang kuasa dan peruntukan undang-undang serta SOP DBKL dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Warga kota digalakkan untuk terus menyalurkan maklumat dan aduan terus kepada pihak DBKL melalui http://ispaaadbkl.dbkl.gov.my/eApps/system/index.do ," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 23-7-2021 02:52 PM
bangla...wajib penjaga premis...
Quote ifanonline 23-7-2021 02:53 PM
antara pekerjaan yg kebal covid...pendapatan pun tinggi
Quote ifanonline 23-7-2021 02:53 PM
Skuau replied at 23-7-2021 02:52 PM
bangla...wajib penjaga premis...

bangsa cina tak percaya melayu...bangla walaupun islam, tetap setia dgn cina
Quote Skuau 23-7-2021 02:58 PM
ifanonline replied at 23-7-2021 02:53 PM
bangsa cina tak percaya melayu...bangla walaupun islam, tetap setia dgn cina

dan walau pendapatan/kerja haram...tada masalah...bahkan bangga...aku nengok indon ngn bangla yg kja kat kedai judi dan pusat urut camni.
Quote ifanonline 23-7-2021 03:14 PM
Skuau replied at 23-7-2021 02:58 PM
dan walau pendapatan/kerja haram...tada masalah...bahkan bangga...aku nengok indon ngn bangla yg k ...

sebab tu indon dan bangla perlu di hantar pulang supaya mereka dapat membuka perniagaan yg sama di negara masing2...
Quote nakkomenjugak 23-7-2021 03:40 PM
sohai, baca ni.
Quote vee_zara 23-7-2021 03:45 PM
nakkomenjugak: sohai, baca ni.

Kahkahkah baru nak komen {:smile
Quote kerunai 23-7-2021 03:45 PM
wow..sex gig ke apa ni ? mmg dah kehausan abis ni sbb majoriti tutup

sapa yg offer masa ni mmg jenuh nak tolak klien

wow... so islamic
Quote kakikuDibibirmu 22-12-2021 02:03 AM
Volcano massage memang sedap

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.082317 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top