CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesakit C19 Tertipu Tabung Oksigen Diisi Dengan Angin Pam Tayar Motosikal

23-7-2021 01:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2512| Komen: 5

Satu skim penipuan bekalan oksigen dikesan di Kabupaten Tulungagung, Jawa Timur yang menyaksikan angin tayar motosikal diisi ke dalam silinder oksigen lapor Suara.com, kelmarin.

Kegiatan mengisi tabung oksigen menggunakan angin pam tayar itu dikesan dalam kalangan penternak ikan hiasan tempatan.


Perbuatan itu terbongkar apabila seorang warga setempat membeli bekalan oksigen untuk diisi ke dalam tiga buah silinder.


Penduduk tempatan beratur untuk mengisi bekalan oksigen di salah sebuah depot pengisian oksigen di Jakarta pada 28 Jun lalu. – AFP

Satu silinder itu bagi kegunaan ternakan ikannnya, manakala dua lagi untuk ahli keluarga yang dijangkiti Covid-19.

“Ternakan ikan saya mati selepas saya menggunakan tabung oksigen pertama dan apabila disiasat, ternyata isinya hanya angin pam tayar.

“Isian oksigen itu dijual pada harga mahal iaitu mencecah 100,000 rupiah (RM25) berbanding 25,000 rupiah (RM7) pada kebiasaannya,” kata pembeli tersebut yang hanya dikenali sebagai Alipin.


Sebaik sahaja menyedari dirinya ditipu, Alipin segera menyebarkan berita itu kepada kenalan-kenalannya.

Dia menyeru agar mereka berhati-hati mengisi semula oksigen agar tidak tersalah diberi kepada pesakit Covid-19 yang memerlukan bantuan pernafasan.

Tambahnya, cara-cara mengesan oksigen palsu dan asli adalah mengukur suhunya di atas api. Suhu tabung oksigen palsu akan menjadi lebih panas berbanding oksigen asli.

Selain itu, saat dihirup maka oksigen asli akan berasa lebih segar sedangkan oksigen palsu adalah seperti udara biasa.

Penjualan oksigen palsu itu berlaku ketika Indonesia bergelut dengan lonjakan kes Covid-19 terutamanya melibatkan varian Delta.


Sumber: Kosmo

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nuno 24-7-2021 08:14 PM
Confirm budak rxz nih
Quote sukacactus 24-7-2021 09:16 PM
Adoi! Sorry la aku tergelak dl br kesian
Kreatif betul la menipu
Quote jiwasemangat 25-7-2021 12:54 PM
..isk.. kesian nya.. tapi oksijen nii.. tak boleh guna yg pure kann.. nanti keracunan oksijen lakk..
Quote Artemesiaa 25-7-2021 01:06 PM
Niaga tak nipu tak sah. Teringat tengok ancangan Buzer peniaga roti bakar masak jam guna pewarna untuk membatik memang nak suruh cepat2 berpindah alam ke macam mana

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.032901 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top