“Beli kereta mewah awal-awal dulu.” Demikian kata pelakon dan pelawak Zizan Razak yang mendedahkan penyesalan terbesar sepanjang kehidupannya iaitu membeli kereta mewah, Ferrari pada usia muda.
Ibarat kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna, pemilik nama lengkap Muhammad Razizan Abdul Razak itu memaklumkan, apa yang lebih penting sebenarnya adalah memiliki aset hartanah. “Ada sesetengah orang datang kepada saya (minta pendapat) sama ada nak beli GT-R atau Mustang, saya jawab ‘no’. “Nasihat saya tak payah beli namun pada masa sama, kalau ikut (kemampuan) dia, tak adil kalau dia tak beli sebab itu mungkin target atau impian. Mungkin bagus mungkin tidak. Bagi saya, tak bagus untuk masa depan seseorang.
“Beli rumah, that’s like the best thing ever (Itu benda paling bagus),” katanya.
|
mizzmimi replied at 22-7-2021 01:53 PM
Lom ade rumah ke jijang.. Dulu siap ade production house kan dia ne? Ke talent mngt?
Gaduh ngan ...
ADVERTISEMENT