CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Menyesal Tak Pantang Betul-Betul, Dah 11 Tahun Susah Nak Hamil"

21-7-2021 05:37 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 16679| Komen: 81|Original author: Oleh: Saiful

Nabila Huda tetap menyimpan harapan nak hamil lagi walau usia dah nak menjangkau 40 tahun.

"Kenapa susah sangat ni? Setiap bulan mesti saya akan kira hari dan mengharap, tapi mesti tak sangkut juga.


"Tapi saya tak adalah kecewa sangat. Saya reda sebab nak bagi rezeki pada kita, Dia. Kalau Dia tak bagi, mesti bersebab. Mungkin belum masanya,"katanya menerusi IG.


Foto: IG

Kata pelakon ini mungkin dia sukar hamil kerana tidak berpantang betul-betul selepas mengalami keguguran.

"Saya betul-betul tak tahu dan menyesal sangat. Mungkin itu adalah salah satu punca kenapa tak boleh hamil? Benci kan bila dah mula negatif.


"Okey, kena positif. Saya kena pulihkan apa yang patut. Boleh kan walaupun kita dah lama keguguran tapi nak ganti balik pantang tu? Masih tak terlambat kan? Mungkin membantu saya untuk kembali hamil lagi."

Dalam masa yang sama Nabil meminta bantua pengikutnya untuk berkongsi idea dan pakej berpantang terbaik.



"Saya terlalu nak sangat ada zuriat. Tak tahu macam mana nak terangkan. Selagi tak kerja dan ada masa lapang banyak, baik saya buat pakej berpantang.

"Saya perlu berusaha tak kira macam mana pun. Saya nak anak ramai lagi. Tapi saya nak maklumkan, proses rawatan kesuburan In Vitro Fertilisation (IVF) tiada dalam senarai sebab saya dah pernah melahirkan sebelum ini. Jadi untuk sekarang, saya nak usaha dengan cara tradisional dulu."




Nabila dan Izwan berkahwin pada 2015. Sebelum ini Nabila pernah berkahwin dan memiliki seorang anak, Keisha yang kini berusia 11 tahun.

Sama-samalah kita doakan buat Nabila Huda okay. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 21-7-2021 05:46 PM
Akak terharu juga la tengok video tu. Sian Keisha.
Quote opie5662 21-7-2021 05:46 PM
Ko boleh beranak... Kalau buat IVF senang kot dr org yg TTC... Dh dekat 40 takyah bung masa sgt kalau betul2 nk beranak
Quote manehnya 21-7-2021 05:51 PM
Yg habit smokok tu dia x habaq, salahkan sbb x berpantang pulak... Isap kepui
Quote CatMiow 21-7-2021 05:59 PM
Bukan sebab pantang, kadang gaya hidup atau pernah merancang. Kawan iols merancang lama sangat, anak 1st masuk sekolah rendah nak TTC, dah masuk tingkatan 1 baru dapat mengandung.
Quote bedahmenjuyah 21-7-2021 06:02 PM
Mmg tiap2 minggu kena ada benang dia ke? Sapa karat beliau?
Quote None68 21-7-2021 06:04 PM
Bukan sbb x ikut pantang la..xde kena-mengena
Quote ellyahmad_1983 21-7-2021 06:06 PM
dia tengah damage control. dia kan bash cap aritu. takut orang bash dia balik. dia defense la guna baby, gugur dan pantang.
Quote iman_kasih 21-7-2021 06:40 PM
Apa maksud tak pantang betul2? Ramai je orang yg tak pantang boleh beranak pinak
Quote nakkomenjugak 21-7-2021 06:56 PM

haa? apa? haa okay semoga berjaya
Quote SayaSayangMama 21-7-2021 07:14 PM
Mengarut la. Suka la bisnes org jaga pantang dgr berita ini.tah tah dah ada collab jap lg.
Quote bluebutter 21-7-2021 07:27 PM
Life style dia ni hauk sgt kut kan. Kan ke dia ni melados (smoking) kuat. Apa nk suburnya if dari muda dah melados, dah reput urat saraf rahim tu. Masa muda mmglah boleh beranak. Orang if sampai ke umur tua melados sure tak leh conceive dah masa umur cecah 40an (perempuan tidak melados masa muda, sure umur 46 pun boleh lahirkan anak lagi).

Ngadalah dia pantang tak betul semua ni tak leh conceive lagi ni. Orang lain elok je.
Propa much...
Quote orkid_amani 21-7-2021 07:32 PM
dia ni kawen hari tu kes tangkap khalwat kat Penang kan kalau xsalah? Xlama lepas tu ngandung l. Correct me if I'm wrong
Quote ellejo 21-7-2021 07:55 PM
eh tak. aku anak sulong normal senang gila lekat tapi anak kedua dan skrg dalam perot ni hasil mini ivf.
embabies dah habis.
kalo ko pernah mengandung lagi senang ivf tu nak jadi.



Quote naina 21-7-2021 08:01 PM
Sian..mesti la nak bagi anak jugak kat laki baru dia kan. Anak dara dia pon dah besar. Mesti dia happy giler..happening. aku suka dengar dia gelak.
Quote Nana_Man 21-7-2021 08:23 PM
Rezeki tak salah alamat. Kalau ada rezeki tu, ada lah. Kalau takde, takde lah..
Quote mbhcsf 21-7-2021 08:32 PM
tak der kaitan dengan pantang langsung pun.
Secondary infertility is common , pilah buat treatment. Consult Obstetrician. habis cerita. Tawakkal.
Quote SpyLeman 21-7-2021 08:41 PM
Yg lain aku ok dgn statement dia ni cuma bab jgn sebut IVF. Nmpk sgt ko x study betul2 ilmu kemengandungan ni. Hallowww...lelaki yg pernah ada anak pun doc advise srh buat ivf sbb faktor sperma yg kurang mobiliti etc. Pompuan pun sama. Wp ko penah beranak tp dlm badan tu kena scan jugak apa problem. Inilah retissss malas membaca, tau buat curhaatt kt socmed jer
Quote sfrnna 22-7-2021 12:16 AM
P jumpa doktor la duit banyak kan. Buat la apa2 treatment. Ko dok bising kat IG dengar la nasihat dan mitos acik2 tak bertauliah
Quote mamasaffiya 22-7-2021 01:02 AM
My biras mana ada istilah berpantang.
Time pantang minum coke berbotol2.
Elok je berderet 5 org anak selang 2 tahun.

Kita pulak naik takut tengok style dia

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.064970 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top