CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nazrief Nazri Dapat Anak Lelaki, Syukur Boleh Teman Isteri Bersalin

21-7-2021 01:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2760| Komen: 7

Ketika negara masih dilanda pandemik, tidak semua suami berpeluang menemani isteri masing-masing di dalam bilik bersalin berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi mengekang penularan Covid-19.


Namun lain pula dengan pelakon Nazrief Nazri apabila dia dapat merasai pengalaman menyambut kelahiran cahaya mata sulung kira-kira pukul 1.12 pagi Isnin di sebuah pusat perubatan di Putrajaya.

Menurut Nazrief atau nama sebenarnya Mohamad Nazrief Mohamad Nazri, 30, kehadiran bayi lelaki menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha adalah hadiah bermakna buat dia dan isteri, Aizatul Aqma Hamdan.


Foto: IG

"Alhamdulillah isteri saya selamat bersalin secara normal pada pukul 1.12 pagi, hari Arafah (Isnin). Dia berada dalam dewan bersalin pun tak lama, kurang empat jam.


"Saya dapat teman isteri bersalin sebab dah dapat suntikan vaksin serta jalani swab test dan keputusannya negatif. Saya tak gementar sangat tapi lebih kepada teruja.

"Saya dah niat untuk beri semangat dekat isteri ketika proses kelahiran dan dia pun banyak buat research sebelum bersalin, jadi dia sudah tahu cara yang betul untuk push baby," katanya ketika dihubungi mStar.

Selain itu Nazrief berkata amat sukar untuk menggambarkan perasaannya pada ketika in apabila dia sudah menjadi seorang bapa.

"Sukar untuk menggambarkan perasaan saya saat melihat bayi kami dilahirkan... tapi memang rasa sangat luar biasa tak boleh nak ungkap. Macam tak percaya dah ada anak sendiri.

"Allah permudahkan semuanya. Saya dapat potong tali pusat dia dan tengok dia keluar daripada ibunya. Sudah tentu saya rasa syukur sangat baby sihat dan muka dia memang gabungan kami berdua.

"Buat masa kini nama panggilan dah ada... nama penuh belum ditetapkan lagi. Akaun Instagram juga akan ada dalam masa terdekat tapi itu saya serahkan semua dekat isteri sampai dia sihat nanti," ujarnya.

Nazrief mendirikan rumah tangga dengan Aizatul, 27, pada 15 November 2019 di The Seavoy House, Titiwangsa, Kuala Lumpur. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mawarkhayalan99 21-7-2021 03:16 PM
siap nak ada create acc ig kowwserrrrrr
Quote mawardia 21-7-2021 04:42 PM
Account insta pun aderrr
Quote Lydiawie 21-7-2021 05:24 PM
Anak retis..mesti la ada..
Quote sfrnna 22-7-2021 12:46 AM
Sendunya thread ni. Bini dia ni kalau x make up macam marhaen sangat. Beza betul
Quote slyfynx 22-7-2021 04:50 AM
Yawn.
Cubaat untuk upkan nama byk kali x berjaya.
Bosan le.
And hmmm... mcm aku komen dalam thread sblm ni...
Bini die ni biase je.
X lawa pun
Quote mamajawie 22-7-2021 08:55 AM
sfrnna replied at 22-7-2021 12:46 AM
Sendunya thread ni. Bini dia ni kalau x make up macam marhaen sangat. Beza betul

model haruslah mekap tebal chuollss..kalu xmekap muka bisher2 je cam org lain gak..even kentang kalu dimekapkan pun nampak cantik weyhh..

image.png

Quote ms.koala 27-7-2021 04:36 AM
Bosan nextttt{:childlike

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.088292 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top