CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Didakwa Perli Isu Caprice Dan Ebit Lew, Ada Yang Nak Pijak Kepala Fadzil Zahari

21-7-2021 01:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6692| Komen: 30

Bukan mahu berlagak samseng, sebaliknya pelakon Fadzil Zahari berharap individu yang mengugut untuk memijak kepalanya tampil bersemuka bagi menyelesaikan masalah antara mereka.


Pelawaan suami kepada aktres Yana Samsudin kepada seorang netizen dibuat selepas individu berkenaan menuduhnya cuba menyindir penyanyi rap Caprice dan personaliti dakwah Ebit Lew.


Foto: IG
"Bukan nak gaduh, nak tanya dia tak puas hati tentang isu apa. Jika saya tulis yang negatif, boleh la dia nak bantai saya.

"Tapi sebenarnya saya biasa dengan situasi begini, kadang-kadang yang asyik komen begitu dia hanya langsi di sosial media saja, saya bagi nombor telefon dia tak hallo pun," katanya ketika dihubungi mStar.

Baru-baru ini Fadzil berkongsi foto hasil suntingannya yang menggambarkan seolah-olah dia sedang berjalan di hadapan Caprice dan Ebit yang kelihatan sedang berbual.

"Serius tak perasan masa tu, kalau tak... abang cuba bantu apa yang patut," tulis Fadzil mengiringi posting berkenaan.



Tidak senang dengan tindakan Fadzil, seorang pengguna Instagram menegurnya di ruangan komen.

"Nak perli pula, pijak kepala kau baru tau," tulis netizen berkenaan.

Susulan itu Fadzil membalas komen berkenaan dengan meninggalkan nombor telefonnya kepada individu tersebut yang dipercayai seorang lelaki.



Ditanya sama ada dia dihubungi individu berkenaan, Fadzil bagaimanapun berkata dia menunggu dengan hampa.

"Sebab tu suruh dia call beritahu tak puas hati apa. Kalau betul salah saya, saya akan minta maaf.

"Hakikatnya saya memang selalu edit gambar di media sosial saya, dah kita ni terperuk saja kat rumah mana ada gambar baru.

"Hanya mampu guna gambar sedia ada dan edit sikit. Kalau saya edit ala-ala gi melancong tak trigger netizen pun kerana mereka dah tahu saya kaki edit," katanya.

Bagi pengikut Instagram Fadzil pastinya menyedari tentang bakat suntingan gambar yang dimilikinya.



Untuk rekod Fadzil juga pernah menyunting beberapa foto lain mengikut isu semasa termasuk aksi berendam di dalam tong air yang dikaitkan dengan pelakon Nonny Nadirah sekitar awal April lalu.

Mengulas mengenai isu yang berlaku antara Caprice dan Ebit, Fadzil berkata dia menghormati tindakan rakan selebriti ity kerana berani tampil untuk memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan.



"Saya respect Caprice sebab dia dah sedar buat salah dan mengaku salah serta minta maaf pada semua.

"Tak semua orang mampu buat macam ni, paling tak pun cakap IG kena hack," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 21-7-2021 03:04 PM
Another TIBAIUNTA
Quote miszclassique 21-7-2021 03:57 PM
RatuDunia94 replied at 21-7-2021 03:04 PM
Another TIBAIUNTA

Selepas 1 jam lebih, hanya uols je yg sanggup mencemar duli bagi komen untuk meran fans ni...
Quote akuHavocczz 21-7-2021 04:09 PM
Popular sebab laki yana and adik fk. So guna je lah peluang apa ada untuk kekal relevan..
Quote slyfynx 21-7-2021 04:24 PM
Die ni mmg baru belajar photoshop ke hape?
Semua isu die photoshop gmbr pastu buat post nk naik nama.
rupa dah ada, bakat leh laa...
Buat la mende yang betul2 berfaedah.
Quote MadameOnion 21-7-2021 04:29 PM
Dia ni keja apa ye?
Quote nordin84 21-7-2021 05:08 PM
slyfynx replied at 21-7-2021 04:24 PM
Die ni mmg baru belajar photoshop ke hape?
Semua isu die photoshop gmbr pastu buat post nk naik nam ...

xberupa dia ni.. hensem lagi arwah benjy.. bakat? memanjang pekat kedah dia.. kayu je memanjang xde reaction..
dr dulu mmg perangai dia begitu sblm kawen ngan yana, tp lately glamer sbb semua bnde dia nk komen kat fesbuk/ig.. ber abg2.. geli weh
Quote hyie 21-7-2021 05:28 PM
dia ni dengan si soeb sarah pastu laki wawa zainal tu antara pencapub terulung tanah air yach. Confirm menyelit bila ada isu sensasi. Didikan Dr mickey mouse kah?
Quote laksmanabentan 21-7-2021 05:32 PM
hyie replied at 21-7-2021 05:28 PM
dia ni dengan si soeb sarah pastu laki wawa zainal tu antara pencapub terulung tanah air yach. Confi ...

iollssss suka sangat komen nih....
paduuuu....

tapi nak buat camna, demi kelangsungan hidup..
demi populariti di social media....
Quote MatDeghem 21-7-2021 05:41 PM
hyie replied at 21-7-2021 05:28 PM
dia ni dengan si soeb sarah pastu laki wawa zainal tu antara pencapub terulung tanah air yach. Confi ...

Si sanaz tak masuk list?




Quote haruslah 21-7-2021 05:55 PM
Ni lg sorang
Bleh geng dgn sanaz...
Mana2 ade komen dia menyibuk
Bercakap tgk cermin x?
Quote hyie 21-7-2021 06:33 PM

lupa nak letak fak u nanas vley gichew?
Quote bondeh 21-7-2021 06:40 PM
Si sendu kaki mencapub nampak cam takde job boleh erk dia nih komen kat fb Rotikayap hari2
Quote lovelytouch 21-7-2021 06:47 PM
Gurau2 sikit pun x boleh nurtizen pun memasing acah2 TERPALING. PHUIIII
Quote Hoola 22-7-2021 09:19 AM
Ermmmmmmm....
Quote rosannazmia 22-7-2021 03:12 PM
Abang dia ensem lagi… tp better dia ni dr abg dia … tu ja kami nak ckp
Quote anggeriklatifah 22-7-2021 06:39 PM
dia memg suka melawak laaaa
Quote whadda 23-7-2021 12:54 AM
Kalau kat ig yg rajin komen si erul samah tu.. tapi kalau kat mana2 fb page dia ni rajin betul komen.. padahal aku tak follow pon fb dia tapi setiap kali kluar berita apa2 mesti nak komen sindir
Quote awexgaban7 23-7-2021 01:06 AM
Mat ni mmg pulon… try hard… perasan best padahal busuk
Quote minahmanja 23-7-2021 10:02 AM
dia ni mmg mencapub eh... geng erul samah ni.. semua tpt nk komen....

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.078374 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top