Kempen Equal oleh Spotify yang disertai Layla Sania berjaya membawa nama dan wajahnya menghiasi papan iklan Times Square, New York di Amerika Syarikat.
Penyanyi muda yang berusia 19 tahun itu merasa gembira dan sebagai wakil Malaysia dia berharap kempen yang dia sertai ini memberi inspirasi serta membuka mata kepada pemuzik wanita di luar sana untuk lebih berjaya. Bukan calang-calang wajah yang dapat masuk iklan digital terbesar di negara itu dan dia merupakan artis kedua berhijab selepas Yuna. Pencapaian membanggakan!
Kempen itu bertujuan untuk memupuk ekuiti bagi mengetengahkan bakat artis wanita di pelusuk dunia. Mungkin nama Layla kurang mendapat perhatian peminat muzik di tanah air namun sebenarnya Layla juga merupakan artis naungan Warner Music Malaysia pernah melancarkan single pertamanya berjudul 'By Your Side' di dalam bahasa Mandarin pada Januari 2021. Semoga banyak lagi karya menarik dan kreatif dapat dihasilkan Layla untuk tembus pasaran dunia. Harumkan nama Malaysia dalam industri muzik! - CARI
|
Mulotkoyak replied at 21-7-2021 01:14 PM
Kat billboard US je pun. Bkn ade org prasan kat sana. Aduyaiii. Rase org US xkesah pun sape yg muncu ...
ashilalat replied at 21-7-2021 03:35 PM
Setaraf yuna? Yuna nyanyi ngantuk2 gitu taraf mana je la kat US nun. Benda boleh beli, belilah. Sdgk ...
ADVERTISEMENT