CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Itu Bukan Spender Saya ...

16-10-2012 04:42 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 17194| Komen: 102



Lokasi: Bank Rakyat Machang
Tarikh: 15 October 2012
Masa : 2.30 pm

Dalam kesibukan orang ramai yang berurusan di kaunter Bank Rakyat Machang selepas waktu rehat makan tengahari sekitar pukul 2.30 petang... ada seorang pelanggan masuk kedalam bank.

Seorang perempuan melayu berwajah manis dan ayu yang mengenakan baju kurung berbunga kecil telah mengambil nombor gilirannya di mesin nombor giliran.

Selang beberapa minit, nombor yang dipegang olehnya tertera pada paparan nombor diatas kaunter bank. Pelanggan perempuan tersebut tergesa-gesa pergi ke kaunter.

Sesampainya dikaunter, dalam kekalutan untuk mengeluarkan kunci kereta dan purse dari poket baju kurungnya, pelanggan perempuan tersebut secara tidak sengaja tercicirkan sehelai seluar dalam miliknya dari dalam poket.

Pelanggan tersebut tidak sedar bahawa seluar dalamnya sudah terjatuh diatas lantai bank. Selesai dia berurusan di kaunter, ada seorang pelanggan lelaki menegurnya dan menunjukkan kepadanya bahawa seluar dalam perempuan tersebut telah terjatuh diatas lantai bank.

Dengan muka yang selamba dan seperti tidak bersalah, pelanggan perempuan tersebut mengatakan dengan jelas "itu bukan spender saya" kepada lelaki tersebut. Rata-rata pelanggan lain didalam bank tersenyum dan ketawa kecil. Ramai juga pelanggan lain yang mengesahkan kepada pelanggan perempuan tersebut bahawa itu adalah seluar dalam beliau yang tercicir ketika dia menyeluk poket tadi.

Berkali-kali pelanggan perempuan tersebut menggelengkan kepala dan tidak mahu mengaku bahawa seluar dalam tersebut adalah kepunyaannya. Dengan segera beliau telah keluar daripada bank tersebut dan terus menaiki sebuah kenderaan yang sedang menunggunya diluar bank.

Seorang lelaki pelanggan bank kemudiannya dengan selamba mengutip seluar dalam tersebut dan memasukkannya kedalam bakul sampah.

Moral : Kalu nak main pon time waktu rehat makan tengahari, pakai la balik seluar dalam tue... kan dah malu digelak satu bank... sure lepas nih dier takkan datang berurusan di bank tue... hahahaha... CCTV Bank semasa kejadian ada merakamkan insiden ini.



Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2012/10/itu-bukan-spender-saya.html#ixzz29RCW2lZn


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lizaliza 16-10-2012 01:47 PM
dia malu nak mengaku tu spender dia ......kes terpencil
Quote hee_young 16-10-2012 01:54 PM
kot2 la sbena nye tu spender spare dia.. tkut2 terbocor mse period.. kan bleh tuka spnde baru


positip~!
Quote Radzor 16-10-2012 01:56 PM
bideo mana bideo?
Quote Manami 16-10-2012 01:57 PM
Atau dia pi toilet td ms nak cebok terbasah plak spender tu kena air... Asyik pikiaq MAAAIIINNN sajork ~
Quote DCrystal 16-10-2012 01:58 PM
Machang tu kat mana?
Quote DianKdeja 16-10-2012 01:58 PM
asyik fikir 'main jer'
ada gak org yg jenis sentiasa tukar spender kalu basah lepas buang air ..think positif
Quote ogata 16-10-2012 01:59 PM
hee_young posted on 16-10-2012 01:54 PM
kot2 la sbena nye tu spender spare dia.. tkut2 terbocor mse period.. kan bleh tuka spnde baru

entah aku salu je bw extra panty tatkala masa period..

Quote Alf_Ramsey 16-10-2012 02:00 PM
DCrystal posted on 16-10-2012 01:58 PM
Machang tu kat mana?

kt kg aku
Quote Munnalicious 16-10-2012 02:02 PM
Eee...dah la simpan spenda dalam poket baju kurung...
Lepas tu baju kurung ada poket plak tu... Old skool sangat ok! Dah la old skool lepas tu gigih sangat~
Quote cmf_rambutan 16-10-2012 02:06 PM
takkanlah nak ngaku.... spender jatuh dari ampaian flet pon takde yang mengaku walau yang jatuh tuh satu set....
Quote dainese 16-10-2012 02:09 PM
baju kurung ade poket ke?
Quote wickedcat 16-10-2012 02:11 PM
kih kih kih kih......sian pompuan tuh...mesti lar segan nak mengaku...
Quote cmf_rambutan 16-10-2012 02:11 PM
dainese posted on 16-10-2012 02:09 PM
baju kurung ade poket ke?

baju kurung pprt punya.... kain kapas bunga2 kecil.... design cam baju skolah jah
Quote Lina66 16-10-2012 02:14 PM
minah ni tak de handbag ke?... seme barang pakaliau subat dlm poket...



malu nyeeeeeeeeeeeeee
Quote batmana 16-10-2012 02:15 PM
Dengan muka yang selamba dan seperti tidak bersalah, pelanggan perempuan tersebut mengatakan dengan jelas "itu bukan spender saya" kepada lelaki tersebut.
cube jadi cmni
Dengan muka yang selamba dan seperti tidak bersalah, pelanggan perempuan tersebut mengatakan dengan jelas "itu bukan spender saya" kepada lelaki tersebut.Tetapi lelaki berkenaan pun menjawab "Abis, awak ingat saya pakai spnder perempuan ka?", "cctv bank bole replay rakaman spender awak jatuh lar, jangan banyak songeh!", perempuan tu terus merah padam mukanya dan menangis teresak2 disitu..



Quote atira 16-10-2012 02:17 PM
ini pon jadi masalah negara ka?
Quote shoryu 16-10-2012 02:20 PM
Kenapala tak simpan dalam beg..tak pasal2 dapat malu..
Quote thieo 16-10-2012 02:21 PM
nanti ada lobai tanya, air MAZI ada kaa???
Quote jonlabu 16-10-2012 02:23 PM
DCrystal posted on 16-10-2012 06:58 AM
Machang tu kat mana?

kahkahkahkah klante ppl.

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.087422 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top