CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Beli Makanan, Barang Keperluan Je-Amir Floor 88 Dijangkiti Covid-19

8-7-2021 04:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3801| Komen: 11

Salah seorang anggota kumpulan Floor 88 iaitu Amir disahkan positif Covid-19 selepas mengalami demam panas dan sakit kepala yang teruk sejak Jumaat lalu.

Amir atau nama sebenarnya Amirul Affeq berkata kesihatan yang semakin merosot membuatkan dia mengambil keputusan untuk melakukan ujian calitan pada Isnin.

Foto: IG


"Saya bermula dengan demam pada Jumaat lalu... pagi itu, saya bangun badan jadi sekejap sejuk, sekejap panas. Ingatkan hanya simptom demam denggi dan saya pun macam rasa okay.

"Lama-kelamaan keadaan semakin teruk dan pada Ahad, kepala pun dah mula rasa sakit sangat. Saya ambil keputusan untuk buat ujian calitan pada Isnin dan esoknya keputusan disahkan positif.


"Sekarang saya masih kuarantin di rumah, kalau keadaan teruk, mungkin akan kuarantin di Maeps. Buat masa ini, deria rasa dan bau dah hilang, " katanya kepada mStar.



Sebelum ini, Amir berkongsi mengenai dirinya dijangkiti Covid-19 menerusi laman Instagram pada Khamis dan rata-rata netizen mendoakan keadaannya.

Dalam pada itu, Amir meluahkan rasa syukur isteri serta ibunya yang menetap bersama tidak dijangkiti virus tersebut dan kini menjalani kuarantin berasingan di rumah berdekatan.

Amir juga memberitahu dia tidak dapat mengenali pasti punca jangkitan tersebut memandangkan dirinya hanya keluar rumah untuk membeli makanan dan barangan keperluan sahaja.



"Alhamdulillah, isteri dan ibu negatif. Sementara ni mereka tinggal di rumah sewa kawan ibu. Sebenarnya saya sendiri tak pasti mana punca saya dijangkiti.

"Sebab saya hanya keluar rumah untuk beli makanan atau barangan keperluan sahaja. Itu pun saya keluar hanya di kawasan perumahan saya sahaja.

"Saya tak ada bertemu orang ramai atau melepak dengan orang ke. Jadi, saya pun tak tahu macam mana saya boleh dijangkiti virus ini, " ujarnya.


Untuk rekod, selain Amir, Floor 88 turut dianggotai oleh Ayie Elham selaku vokalis, Achoi (pemain gitar utama), Falique (pemain bass), Eric Fuzi (pemain keyboard) dan Akram (pemain dram). -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 8-7-2021 04:38 PM
Mana2 pn dah xselamat..kobid ni sporadik dah kan..y jenis x merayap n patuh sop tp terkena kobid,ai doakan semoga cpt sembuh
Quote ahmad_dhani91 8-7-2021 04:45 PM
sendunya sis
Quote fizamn 8-7-2021 05:24 PM
Hati jati la semua terutama belum.vaksin.. variant delta tu dahsyat oo sbb sgt sgt cepat berjangkit n kesan dia pun dahsyat dan cepat..
Quote nakkomenjugak 8-7-2021 05:29 PM
whoareyusssss tapi moga cepat sembuh
Quote awanearisu 8-7-2021 10:27 PM
Brangan yang dibeli, duit yang bertukar tangan, permukaan baju, permukaan kasut. Kadangkala perlu terlebih pencegahan. Bukannya virus boleh dilihat dengan mata kasar.
Quote LadyCarefree 8-7-2021 10:41 PM
awanearisu: Brangan yang dibeli, duit yang bertukar tangan, permukaan baju, permukaan kasut. Kadangkala perlu terlebih pencegahan. Bukannya virus boleh dilihat de ...


Bila balik kena ada sop sendiri. Barang, baju, lantai rumah, diri sendiri.
Quote twins 9-7-2021 10:09 AM
makin hari makin takut nak keluar rumah....
dunia sy sekarang betul-betul  rumah-pejabat-rumah.
Nak singgah kedai pun pikir 2-3kali...
Quote awanearisu 9-7-2021 11:04 AM
LadyCarefree replied at 8-7-2021 10:41 PM
Bila balik kena ada sop sendiri. Barang, baju, lantai rumah, diri sendiri.

Ya. Perlu jadikan rutin atau amalan. Setiap kali balik automatik buat dah tak perlu fikir panjang.
Quote doubleharmonic 9-7-2021 11:09 AM
kenapa gambar kat atas nampak tak helok? gambar kat bawah nampak helok sikit?
Quote downiey 9-7-2021 12:38 PM
semoga cepat sembuh..
Quote luluaurora 9-7-2021 12:49 PM
take care,
moga cepat sembuh,
dh merasa kuarantin 10 hari,
p kerja pulak ada ja staff keliling yg +ve
sorg kena habeh smua pakat kana swab

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.047062 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top