CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bukannya Saya Saja Nak Bergerak Ke Sana Sini Tanpa Kebenaran,"-Azar Azmi

8-7-2021 11:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2931| Komen: 5

Simpati nasib golongan susah, pelakon Azar Azmi terpanggil untuk menyertai misi Bantuan Khas Lockdown 2.0 ke beberapa buah negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang bermula Selasa lalu.


Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi berharap perkongsiannya merentas beberapa negeri tidak dipersoalkan berikutan misi bantuan khas yang disertainya itu di bawah anjuran Istana Salatin Negeri Sembilan.


Foto: IG

"Misi Bantuan Khas Lockdown 2.0 ini di bawah anjuran Istana Salatin Negeri Sembilan, YAM Tengku Tan Sri Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. Bukannya saya saja nak bergerak ke sana sini tanpa kebenaran.

"Setiap pergerakan kami pun diiringi kenderaan polis. Sebelum ini pun, saya ada join program bantuan untuk mangsa banjir tahun lalu. Untuk misi ini, ada beberapa negeri yang kami akan pergi untuk menghantar bantuan.


"Macam semalam, kami pergi dalam tiga lokasi sekitar Selangor manakala Jumaat ini akan ke Negeri Sembilan dan Insya-Allah kami akan ke Pahang pada Sabtu, "katanya kepada mStar.



Pada Rabu, pelakon drama siri Derita Untuk Bahagia ini meluahkan rasa syukur apabila persediaan untuk Misi Bantuan Khas Lockdown 2.0 berjalan dengan lancar di laman Instagram miliknya.

Menerusi kapsyen di Instagram, Azar memberitahu dia dan semua pihak yang bertanggungjawab dalam misi itu mencuba sedaya upaya untuk menghantar bantuan kepada golongan yang memerlukan di beberapa negeri.

Dalam pada itu, Azar berkata dia juga menyumbang wang simpanannya selain membuka tabung bagi mengutip dana menerusi jualan produk kosmetiknya.

"Selain turun padang, saya juga ada menyumbangkan duit. Saya juga ada buka tabung bersama team saya. Setiap penjualan produk saya, RM1 akan dimasukkan dalam tabung misi itu.



Azar 2Azar akui berasa bimbang sekiranya dijangkiti Covid-19 ketika melaksanakan misi bantuan.

"Hasil duit yang dikumpul itu, saya akan beli barangan keperluan asas. Misi bantuan ini memberi kesedaran kepada saya... membuatkan saya lebih hargai apa yang saya ada sekarang, " ujarnya.

Sementara itu, pelakon drama popular Nur 2 ini berkata, biarpun berasa bimbang dijangkiti Covid-19 ketika melaksanakan misi itu, dia tetap mahu meneruskan kerja amal itu demi arwah ibu bapanya.




"Takut memang la ada sebab kita berdepan dengan virus tak nampak. Tapi saya tawakal... tak fikir apa sebab saya pun tak ada apa nak kejar dalam dunia ini lagi.

"Walaupun berisiko tinggi tapi saya join misi ini pun untuk arwah ibu bapa saya. Kalau terkena (jangkitan), saya reda. Tapi, sepanjang misi ini memang kami lebih berjaga-jaga soal SOP, " katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ferr_Remy 8-7-2021 11:57 AM
K                       
Quote bluebutter 8-7-2021 12:02 PM
Wajah dia melayu klasik alaa cam pelakon lama tu Azizah ke apa tk ingat. Muka lawa tapi muka tak moden, tapi lawa asli, cam sarimah madu tiga tu melayu muka moden. Entah mcm mn nk ckp azar ni, muka melayu asli yang lawa.
Quote twins 8-7-2021 12:29 PM
suker giler watak dia dalam cerita Pujaan Hati Kanda... bercakap mulut mcm bertih... aku tunggu jer lidah dia terkehel or terbelit... tapi elok jer la pulakkk....
Quote pxlbb 8-7-2021 12:49 PM
bluebutter: Wajah dia melayu klasik alaa cam pelakon lama tu Azizah ke apa tk ingat. Muka lawa tapi muka tak moden, tapi lawa asli, cam sarimah madu tiga tu melay ...


Hahahaa ok iols paham
Quote Kurex 8-7-2021 01:00 PM
Baik kau bukak dekat fokus je la. Payah jenis repot mudah sentap & ada superhinamoderator yg sama2 tak boleh kena tegur. Sebab ada acehand jizklongklong ni la semua repot dari kalangan yg asal boleh.. heran pulak la aku kau nak tolak kredit aku 1470 sekali gus.. dari sini dah tau kau jenis orang tua yg kuat emosi & mudah sentap tak boleh terima teguran. Padanlah sebab kau ramai orang jijik nak berforum @AceHand

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.032085 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top