CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Punyalah Angau Bercinta, 200 Jam Berbual Dalam Telefon Tanpa Henti

8-7-2021 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1907| Komen: 12

Jakarta: Seorang gadis tular di Indonesia laman sosial selepas berkongsi kisahnya berhubung dengan kekasih jarak jauh selama lebih 200 jam tanpa henti.

Gadis itu berkongsi kisah berkenaan dengan memuat naik video tangkap layar di aplikasi TikTok.

Tribunnews melaporkan remaja dikenali sebagai Cia Fei, 17, adalah seorang pelajar sekolah menengah.


Foto: Tiktok

Teman lelakinya dikenali sebagai, Andrew Ken, 18, pula bersekolah serta bekerja separuh masa di Jepun.

Mereka berhubung menerusi aplikasi Line.

Mereka turut rekod baharu bagi tempoh berbual paling lama.

Menurut gadis mesra disapa Cia Fei itu, dia tidak sangka kisahnya akan tular dan hanya mengikut trend dengan idea itu tercetus daripada seorang rakannya.

Bagaimanapun, Cia Fei menjelaskan yang dia dan teman lelakinya bukan berbual sepanjang tempoh itu.

"Kami tidak hanya duduk di hadapan komputer riba untuk berbual kerana melakukan aktiviti masing-masing pada waktu yang sama.

"Jika kami mandi, komputer riba itu akan ditinggalkan di dalam bilik, manakala di sisi ketika tidur," katanya.

Cia Fei memberitahu dia tidak bosan berhubung dengan teman lelakinya itu selama lebih lapan hari.

"Kami bukan bersembang mengenai hal peribadi saja tetapi pelbagai perkara secara rawak dan tidak berbual sepanjang masa kerana ada waktunya melakukan aktiviti masing-masing," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote twins 8-7-2021 11:05 AM
teringat pulak kes masa sy masih sekolah dulu... ikut abang pegi ke TM masa tu handphone hanya golongan kayangan jer mampu.  ada uncle cina mengadu kat kaunter TM bill dia salah.. sbb mahal nau beratus walhal dia dok ngan bini dia & anak dia jer...   akak kerani tu kata mesti amoi anak apek tu tengah angau la tu sbb mmg tiap malam bergayut berjam-jam.....  penangan orang angau.. gitu lahhhh....
Quote Xim 8-7-2021 11:06 AM
Isu semasa sgt
Quote salmon-suki 8-7-2021 11:16 AM
Apa y diborak smpai berjam2 ek?ai nk borak pn malas..ai lg suka f2f..{:smile
Quote eragon 8-7-2021 11:17 AM
200 jam ?

dekat 8 hari
Quote SweetRehan 8-7-2021 11:21 AM
Masa bercinta je la ...dah kawen wat hal masing2 x taw topik pe nk bersembang.....
Quote lazim 8-7-2021 11:22 AM
Sehari 24jam kn mcm mn dia kira dpt 200 jam utk 8 hr
Quote nakkomenjugak 8-7-2021 11:24 AM
hamboiiiiii sampai gitu sekali penangan
Quote orangbiasaje 8-7-2021 11:27 AM
lazim: Sehari 24jam kn mcm mn dia kira dpt 200 jam utk 8 hr

Kiranya time tido pun dia on laptop. Boleh je. Akak dulu keje operation center, laptop ofis sambung je 24h selama sebulan uptime dia. Dah ofis bagi, ofis suruh, kita ikutkan je.
Quote kucingitam 8-7-2021 11:34 AM
biasalah tu...
Quote lasagnaklcc 8-7-2021 11:38 AM
Dia biar je kan laptop on sepnjg masa. Takyah berckp pon. Nasib tak meletop je laptop tu.
Quote imransulaiman 8-7-2021 01:01 PM
Edited by imransulaiman at 8-7-2021 01:03 PM

Aku dulu paling lama bergayut pun lepas dari isya sampai ke subuh je.. Tu pun sekali je. Bukan setiap malam. Tapi tak berjodohan.. Cumanya sampai sekarang kami kawan baik.. Masing-masing dah kawin


*nak jugak
Quote Artemesiaa 8-7-2021 01:04 PM
Geng gila perhatian jugak ni

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.058102 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top