Pencetus Ummah (PU) Abu memaklumkan anaknya iaitu Muhammad Adam Aysar dijangkiti Covid-19. Berkata kepada mStar, Aysar pada mulanya hanya disangka demam panas dan pada Ahad lalu, dia dikejarkan ke ke Hospital Klang kerana suhu tubuh mencecah 40 darjah Celsius. Katanya, Aysar kini dalam pemantauan kerana keadaannya kurang stabil. "Ada masanya suhu okey, lepas tu kadang-kadang suhu naik semula sampai 40 darjah Celcius. "Sekarang ni anak saya di bawah pemantauan doktor dan dijaga ibunya," ujarnya kepada mStar.
Belum mengetahui punca jangkitan, PU Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi memohon orang ramai mendoakan anaknya cepat sembuh.
|
msdummy.2018: Ni ank dia dgn yg bini mula kah?
ADVERTISEMENT