CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video Disunting, Ketua Polis Daerah SPU Buat Laporan Polis

8-7-2021 08:22 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1962| Komen: 2

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor membuat laporan polis di Balai Polis Kepala Batas berhubung satu rakaman video sidang akhbarnya yang disunting individu tidak bertanggungjawab.


Noorzainy berkata, beliau menyedari perkara itu selepas menerima video berdurasi 2 minit 12 saat berkenaan kira-kira pukul 6.30 petang semalam.



Beliau berkata, rakaman disunting itu didapati mengandungi komen suara berunsur politik yang mendakwa tindakan diambil (pihak berkuasa) dalam menangani Covid-19 ketika ini tidak berkesan.

“Ingin ditegaskan kandungan audio dan lain-lain video termasuk sidang media Ketua Polis Daerah SPU tidak ada kena-mengena dengan intipati yang disampaikan di dalam video (yang disunting) itu.

“Rakaman asal yang digunakan adalah berkaitan operasi bersepadu pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sungai Dua, Butterworth pada 2 Jun lalu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Katanya, laporan polis dibuat kerana penyebaran video itu boleh mengelirukan masyarakat.

“Siasatan lanjut sedang dilakukan terhadap kandungan berkenaan selain untuk mengesan pihak yang terlibat,” katanya. 


Sumber: UTUSAN ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 8-7-2021 09:25 AM
videonya mna??
Quote nakkomenjugak 8-7-2021 09:57 AM
"tindakan diambil (pihak berkuasa) dalam menangani Covid-19 ketika ini tidak berkesan."

ehhh tak betul ke?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.026218 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top