CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Apalah Yang Dibualkan Mak Ayah Sebelum Tidur” - Nad Zainal

8-7-2021 07:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2736| Komen: 4

Situasi semasa akibat impak pandemik Covid-19 terhadap sosio-hidup masyarakat dunia membuatkan pelakon, Nad Zainal terkenang keluarganya ketika melalui keadaan sama ketika kegawatan ekonomi sekitar 1997.


Katanya, dia tidak tahu bagaimana kedua-dua orang tuanya mendepani kehidupan yang serba mencabar pada waktu tersebut memandangkan sepanjang tempoh berkenaan mereka sekeluarga sekadar cukup makan.

“Pada tahun 1997 hingga 1998 krisis ekonomi, jujurnya saya tak begitu terkesan. Walaupun saya tahu kedua ibu bapa saya ‘struggle’ pada masa itu tetapi mereka akan pastikan makanan untuk saya tersedia dan saya dapat bersekolah.

“Mama (panggilan untuk ibunya) tidak bekerja dan ambil upah jaga anak orang dan saya masih selesa kerana tiada apa yang kurang. Bila tiba bulan puasa, mama saya hanya makan tauhu sumbat tiga ketul ketika berbuka dan dia kata sudah memadai,” katanya mengenang memori lalu.


Kredit foto: IG Nad


Bintang Bukan Bidadari itu terpanggil berkongsi pengalaman ketika zaman kanak-kanak melihatkan nasib sebahagian besar masyarakat yang terkesan akibat kehilangan kerja, berdepan masalah depresi sehingga ada diantaranya mengambil jalan singkat.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 31, berkata secara tidak langsung apabila dia berhadapan situasi yang seakan sama sekarang membuatkannya kembali memikirkan peristiwa lalu dengan lebih mendalam.

Katanya, apabila sudah bergelar ibu kepada dua cahaya mata dia semakin mengerti keadaan orang tuanya dulu yang sanggup berkorban apa saja demi memastikan keperluan seisi keluarga terutama anak-anak dipenuhi.

“Sekarang saya terfikir, betulkah apa yang dia (emak) kata atau hanya menipu saya supaya tidak mahu anaknya risau atau berasa bersalah? Lauk ayam goreng yang diganti ikan kadang-kadang yang saya tak kisah pun sebab sedap. Saya sudah gembira.

“Apalah agaknya yang dibualkan mak ayah saya sebelum mereka tidur pada waktu itu,” katanya lagi.

Bagi Nad, tanggungjawab yang digalas ibu bapa pada era masa kini terutama ketika era pandemik Covid-19 ini berleluasa di seluruh pelosok dunia antara perkara mencabar sama ada dari segi mental, fizikal serta kewangan.

“Dalam keadaan sekarang yang berdepan segala macam risiko dan kegawatan ekonomi, sememangnya tanggungjawab kita bukan mudah. Mesti ada dalam kalangan kita yang runsing memikirkan macam mana mahu terus bertahan.

“Malah pada masa sama kita juga seboleh-bolehnya ingin supaya anak-anak tidak sedar akan keperitan yang kita sedang tanggung. Saya pasti semua ibu bapa sayu melihat anak membesar terperuk di dalam rumah, ada yang makan ala kadar, pelajaran entah ke mana,” luahnya ibu kepada dua cahayamata , Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom itu.

Nad juga berharap semua pengalaman yang dirasai pada masa sekarang dikenang semula dalam kontek berbeza iaitu melihatnya secara positif sekali gus menandakan kemenangan kepada setiap insan.

“Diharap 10 tahun akan datang kita mampu mengimbas zaman kegelapan ini dengan senyuman kerana kita berjaya melalui detik hitam itu bersama-sama. Semoga cepatlah pandemik ini berlalu pergi,” tambahnya. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 8-7-2021 08:24 AM
Alahaiiiiiiiiiiiiii... Ni pun nak dijadikan gosip ke... Kenapa lah lembab sgt wartawan cari belaan si tua bangka acehand jizklongklong ni
Quote imransulaiman 8-7-2021 08:28 AM
Sedapnya tauhu sumbat...
Quote nakkomenjugak 8-7-2021 09:45 AM
Oh time gawat tu iols belum tadika.
Quote Olumis 18-8-2021 12:43 AM
Menggamit kenangan... o my

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.048704 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top