Food bank atau pusat bekalan makanan kini sudah menjadi satu budaya baru yang tumbuh lebat di sekitar Malaysia bagi membantu mereka yang memerlukan dan dalam masa yang sama meringankan beban kos barangan yang kian meningkat.
Namun, pasti ada yang ingin mengambil kesempatan. Baru-baru ini, tular sebuah video sekumpulan individu ‘tamak’ dan pentingkan diri yang mengambil lebih dari apa yang diperlukan. Tiga individu itu dipercayai dari keluarga yang sama mengambil barang disediakan secara berlebihan. Hakimy Looi, individu pertama yang dipercayai memuat naik video tersebut sebelum ia tular di Twitter dan Instagram berkata di dalam hantarannya, “Maaf saya hanya tuju pada beberapa individu dalam CCTV ni…. Jangan kerana hangpa macam ni kami yang turun padang ke hulu-hilir tolong sana tolong sini – risikokan diri kami untuk membantu, jadi kecewa dan nak marah sangat…. JANGAN PENTINGKAN DIRI! FOOD BANK HANYA AMBIL APA YG PERLU SAHAJA BKN AMBIL SEMUA!”
Ketamakan mereka turut mendapat perhatian warganet yang mengecam tindakan mereka yang tidak memikirkan orang lain. Sumber: KoolFM
|
tungkai: Aku syak nanti kalau kantoi dia akan cakap dia ambik utk jiran depan, jiran belakang, jiran tepi bla bla bla...
ADVERTISEMENT