Pasti ada dalam kalangan kita yang sukar untuk berenggang dengan bantal busuk masing-masing. Begitu juga dengan wanita berusia 25 tahun ini apabila dia masih tidak mampu untuk membuang tabiatnya itu.
Menurut Intan Normala Mohd Norman, sudah 19 tahun dia menggunakan bantal busuk itu sehingga keadannya hampir hancur dan terpaksa dilekatkan menggunakan pin. "Saya mula menggunakan bantal busuk itu ketika masih kecil. Sekarang, dah tak ada rupa bantal. Ia sensitif, tak boleh kasar-kasar. "Maksudnya, tak boleh nak tarik kuat-kuat sebab dah hampir hancur. Sebab dah tak boleh jahit, saya terpaksa gunakan pin," ujarnya kepada mStar.
Mesra disapa Intan, dia mengakui pernah beberapa kali berusaha untuk membuang tabiat tidur menggunakan bantal busuk, namun tak berhasil. Malah katanya, bantal itu juga akan dibawa ke mana sahaja termasuklah ketika bercuti bersama rakan-rakannya. "Saya suka pegang bantal tu, kena letak di muka, kemudian baru tidur. Pernah juga cuba nak tinggalkan, letak kat mana-mana, tapi tak boleh tidur. "Pergi ke mana-mana pun saya akan bawa. Pergi travel dengan kawan misalnya. Tahun lepas kami ke Cameron Highlands. "Kawan pun tengok pelik. Mereka tegur dalam nada bergurau. Kalau perjalanan jauh dengan kereta pun saya akan bawa bantal busuk tu," ujarnya berseloroh. Intan yang menetap di Kuala Selangor, Selangor, berkata, sukar untuk dia membayangkan sekiranya bantal itu dibuang oleh mana-mana ahli keluarganya. Malah, dia turut berkongsi video mengenai 'harta karun' itu di aplikasi TikTok dan menerima pelbagai reaksi berbeza netizen. "Saya kongsi video bantal busuk di Twitter. Ada yang kata, mereka pun ada bantal busuk tapi malu nak tunjuk kepada orang. "Banyak komen lucu-lucu. Ada juga yang tertanya-tanya, sebab usia saya dah 25 tapi masih ada bantal busuk. "Mereka tertanya-tanya, macam mana boleh jadi seteruk ini," ujar anak ke-12 daripada 13 beradik itu.
|
any42 replied at 7-7-2021 03:40 PM
mcm usus tburai je.
xleh sumbat msuk dlm sarung bru ke skurang2 nmpqk smenggah sket
ADVERTISEMENT