CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Apa Motif Saya Disuntik Vaksin Dua Kali?"- Ada Yang Jual Sijil Vaksinasi Palsu Harga RM1 Je

7-7-2021 02:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1644| Komen: 4

Description: JAKARTA – Satu sindiket di Indonesia yang menjual sijil vaksinasi Covid-19 palsu dikesan di media sosial apabila menawarkan harga 4,000 rupiah (RM1.15) bagi 50 helai, lapor Suara.com.
JAKARTA – Satu sindiket di Indonesia yang menjual sijil vaksinasi Covid-19 palsu dikesan di media sosial apabila menawarkan harga 4,000 rupiah (RM1.15) bagi 50 helai, lapor Suara.com.


Menurut kemas kini di laman Facebook itu, sijil palsu itu dijual secara pukal dan sudah dihebahkan di semua platform online.

“Satu ikat sijil vaksinasi Covid-19 hanya RM1.15 bagi 50 helai,” demikian penerangan pada gambar yang dimuat naik.


Facebook

Sijil palsu itu kelihatan seperti sijil asli dengan ruang untuk nama penerima vaksin, tarikh vaksinasi dan juga kod imbasan QR.

Penyebaran iklan sijil palsu itu menerima banyak kritikan netizen yang mengecam pihak yang cuba mengambil kesempatan di atas situasi genting seperti sekarang.


Gambar Hiasan

“Masih wujud pihak yang mementingkan diri seperti ini. Dahulu ada kes jual keputusan ujian saringan, sekarang jual sijil vaksinasi pula,” komen seorang pengguna media sosial.

“Orang Indonesia memang kreatif. Jadi apa motif saya disuntik vaksin dua kali jika ada yang senang-senang menjual sijil palsu seperti ini,” tulis seorang lagi. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 7-7-2021 02:20 PM
Indon? Mmg x pelik la....yg keja kt msia blh ada 2 suami pun ramai
Quote nakkomenjugak 7-7-2021 02:39 PM
Yendon jugak? Setel la sendiri hihih
Quote Manjahati 7-7-2021 02:42 PM
Semua nk dipalsukan…lantak kamulah indon
Quote MsKathryn 7-7-2021 03:48 PM
Indonesia mcm2 blh..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.049277 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top