CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Isteriku, Kini Jadi Ibu Tiriku

7-7-2021 12:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2619| Komen: 15

New Delhi: Ibarat dalam filem, seorang lelaki berusia 22 tahun mengalami mimpi ngeri sebaik mengetahui bekas isteri, kini bergelar ibunya.

Kes itu menarik perhatian selepas lelaki dari Budaun, Uttar Pradesh membuat laporan polis terhadap bapanya yang meninggalkan rumah dan tinggal di tempat lain.


Dia memfailkan laporan selepas bapanya berhenti memberinya wang dan tinggal secara berasingan di Sambhal.


Gambar Hiasan

Selepas laporan itu dibuat, dia baru mengetahui bekas isterinya sudah berkahwin dengan bapanya.

Portal Indiatimes melaporkan, lelaki itu berkahwin dengan seorang gadis pada 2016, ketika kedua-duanya masih bawah umur.


Namun, selepas enam bulan, mereka berpisah.

Lelaki itu cuba untuk berbaik semula dengan wanita berkenaan, tetapi dia berkeras untuk bercerai dengan alasan lelaki itu seorang kaki mabuk.

Namun, dia tidak menyangka wanita itu berkahwin dengan bapanya menyebabkan status wanita itu kini adalah ibu baharunya.

Selepas mengetahui ayahnya mengahwini bekas isterinya, dia membuat laporan ke balai polis Bisauli dan kedua-dua pihak dipanggil untuk mengadakan pertemuan.

Gadis itu yang kini menjadi ibu tiri lelaki itu tidak mahu kembali kepada bekas suaminya dan mendakwa dia sangat gembira dengan bapa lelaki itu yang dia kahwini selepas berusia 18 tahun.

Pegawai polis mengatakan, pihaknya belum meneliti dokumen pernikahan mereka.

"Kami belum diberi dokumen pernikahan pertama ketika mereka berdua masih di bawah umur.

"Kes tidak dapat didaftarkan, kedua-dua pihak akan dimaklumkan perkembangan kes kelak," katanya.

Bapa lelaki itu pekerja pembersihan berusia 48 tahun dan mempunyai anak berusia dua tahun dengan isteri baharunya itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 7-7-2021 12:32 PM
Mak aiii....pening adik dia nak faham nanti
Quote twins 7-7-2021 12:36 PM
hahahahaha.. kat negara sana tu apa benda yg tak boleh ? semua pun boleh .... tak caya.. tanya Sivaji The Boss
Quote pxlbb 7-7-2021 01:11 PM
Kihkihkih downgrade. Tp sebelum ni i ada baca kat mana ye dia cerai dgn laki sbb pernah kena rogol dgn fil. Kat india juga. Last2 dia pilih fil sbb fil lg besar katanyerrr siapa ingat story tu ada keluar kat porom? Siap ada gambar.
Quote Artemesiaa 7-7-2021 01:12 PM
Hadap ler siapa suruh jadi kaki mabuk
Quote KIM.K 7-7-2021 01:21 PM
Means awal dah mencurang masa toklaki mabuk2 kat kedai dam aji
Quote glump 7-7-2021 01:27 PM
Patutlah bini lari..Cari bapa sbb dah lama Tak bagi duit Kat dia..bapa dah guna duit untuk bini baru ie  bekas menantu.
Quote Decaffeinated 7-7-2021 01:30 PM
pxlbb replied at 7-7-2021 01:11 PM
Kihkihkih downgrade. Tp sebelum ni i ada baca kat mana ye dia cerai dgn laki sbb pernah kena rogol d ...

Apa yg lagi besar?
Quote makneng 7-7-2021 01:38 PM
Jadi keluarga 69 mengkome
Quote batmana 7-7-2021 01:50 PM
ni agama apa ni?
Quote depresio 7-7-2021 01:54 PM
Kadg2 laki muda ni dia tau lepas je
Lepas dia habis
Laki tua ni tau lagi byk
Kalau tak igt suka2 pompuan nak lari

Mat pet tu ko igt kenapa bini dorg susah nak cerai?

Quote nakkomenjugak 7-7-2021 02:53 PM
sinetron yindia apa panggil?
Quote pxlbb 7-7-2021 03:16 PM
Decaffeinated replied at 7-7-2021 01:30 PM
Apa yg lagi besar?

Kihkihkih tak gamak nak citer. Chuols cari la sendiri
Quote TOPwind 7-7-2021 04:11 PM
sarah82 replied at 7-7-2021 12:32 PM
Mak aiii....pening adik dia nak faham nanti

Kira sah dan tiada halangan.
Quote sarah82 7-7-2021 04:16 PM
TOPwind replied at 7-7-2021 04:11 PM
Kira sah dan tiada halangan.

Kat india kan..jenuh juga.
Quote underground 7-7-2021 07:17 PM
nasib jadi ibu mertua... kalau jadi menantu anak kau?

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.759169 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top