CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Menggigil Ketakutan Masuk Mahkamah Atas Tuduhan Rogol

21-11-2013 10:18 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12485| Komen: 91

Description: Dalam Rayuan Meringankan Hukumannya, Anak Sulung Daripada Tiga Beradik Itu Memberitahu Mahkamah Bahawa Dia Tidak Mengetahui Yang Perbuatannya Itu Adalah Satu Kesalahan Merogol Dan Memohon Dihantar Ke ...


Remaja menggigil ketakutan masuk mahkamah atas tuduhan rogol



KUALA LUMPUR: Seorang remaja menggigil ketakutan semasa dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang gadis berusia 13 tahun tahun lepas.

Ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Emilia Kaswati Mohamad Khalid, dia hanya mengangguk apabila ditanya jurubahasa mahkamah sama ada dia "okey".


Dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan merogol gadis itu di rumah sewa ibunya di Putrajaya pada 12:15 tengah hari, 19 Oktober 2012.

Remaja itu yang ketika kejadian berusia 17 tahun dan pelajar Tingkatan Lima, didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Dalam rayuan meringankan hukumannya, anak sulung daripada tiga beradik itu memberitahu mahkamah bahawa dia tidak mengetahui yang perbuatannya itu adalah satu kesalahan merogol dan memohon dihantar ke Sekolah Henry Gurney.

Hakim: Kenapa kamu tidak fikir pada masa itu?

Tertuduh: Sebab saya tidak tahu kes itu adalah rogol.

Hakim: Mengenai kejadian rogol ini, kamu tidak menonton televisyen atau membaca akhbar?

Tertuduh: Saya jarang tengok televisyen kerana saya membuat kerja sambilan di restoran selepas waktu sekolah.

"Saya dah bertaubat, ini kesalahan pertama saya. Ia menjadi pengajaran kepada saya. Saya minta maaf," katanya sambil menangis.

Hakim Emilia kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Dis untuk sebutan bagi mendapatkan laporan akhlak sebelum menjatuhkan hukuman.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Henry Tan. Tertuduh tidak diwakili peguam. 



12

Bagus
12

Marah
35

Terkejut
28

Sedih
33

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (136 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_blingblings 21-11-2013 12:27 AM
rogol tgh-tgh hari buta
ponteng sekolah le ni
Quote Kassim_Patalon 21-11-2013 12:28 AM
video mana video?
Quote mak_wa95 21-11-2013 12:36 AM
aduii...padan muka...nak masuk mahkamah tahu takut..dengan Allah tak takut..
Quote dahliateck 21-11-2013 12:51 AM
hrp pompuan tu pun kena sama la

ni kes sesama mau ni, x adil la laki je kena
Quote mommymonster82 21-11-2013 12:53 AM
Kesiannya..ni kes suka sm suka..patut pompuan tu pon kena skli....
Quote AdsMsia 21-11-2013 01:03 AM
undang2 kita dah macam tu..
budak pompuan bwh umur kalu seks je mesti kena bawah tuduhan rogol
suka sama suka ka..... suka suka buat ka
rogol juga itu tuduhan

sedia utk disebat........
Quote PerKasa 21-11-2013 01:45 AM
AdsMsia posted on 21-11-2013 01:03 AM
undang2 kita dah macam tu..
budak pompuan bwh umur kalu seks je mesti kena bawah tuduhan rogol
suk ...

betul tu
jangan dekati bawah umor
walaupun muka mcm 20 tahun
sebelum bersex minta tengok KP dulu.

jika dia ni lepas memang jahanamlah anakdara korang.
Quote lavacoffee 21-11-2013 01:58 AM
dahliateck posted on 21-11-2013 12:51 AM
hrp pompuan tu pun kena sama la

ni kes sesama mau ni, x adil la laki je kena

Yg menikam la salah...
Quote perembes 21-11-2013 02:00 AM
rogol rogol rogol
kalolah hukuman rogol nih potong anu.. mungkin masalah ini akn dpt dibentras...
Quote dahliateck 21-11-2013 02:03 AM
lavacoffee posted on 21-11-2013 01:58 AM
Yg menikam la salah...

yg ditikam pun sama dok buka bagi
Quote lavacoffee 21-11-2013 02:06 AM
dahliateck posted on 21-11-2013 02:03 AM
yg ditikam pun sama dok buka bagi

Lu jerit merayu rayu "TIKAM LA..TIKAM LA DAKU " seribu kali pun lu x buat salah apa tau tak??
Quote dahliateck 21-11-2013 02:10 AM
lavacoffee posted on 21-11-2013 02:06 AM
Lu jerit merayu rayu "TIKAM LA..TIKAM LA DAKU " seribu kali pun lu x buat salah apa tau tak??

tau, mmg x salah hukum dunia, hukum akhirat sok hadap la

underage kunun, ngeseks pandai
Quote lavacoffee 21-11-2013 02:13 AM
dahliateck posted on 21-11-2013 02:10 AM
tau, mmg x salah hukum dunia, hukum akhirat sok hadap la

underage kunun, ngeseks panda ...

Kalau dia taubat nasuha...lu ke yg ada power terima tak terima taubatnya??

Quote dahliateck 21-11-2013 02:15 AM
lavacoffee posted on 21-11-2013 02:13 AM
Kalau dia taubat nasuha...lu ke yg ada power terima tak terima taubatnya??

pompuan zina tobat nasuha x kena jel, kalau lelaki tu kata dia taubat nasuha rasa2 kena jel gak x
Quote lavacoffee 21-11-2013 02:17 AM
dahliateck posted on 21-11-2013 02:15 AM
pompuan zina tobat nasuha x kena jel, kalau lelaki tu kata dia taubat nasuha rasa2 kena jel gak x
...

Jel hukum dunia...tadi lu citer pasal akhirat...

Lu p tido la...

Quote dahliateck 21-11-2013 02:21 AM
lavacoffee posted on 21-11-2013 02:17 AM
Jel hukum dunia...tadi lu citer pasal akhirat...

Lu p tido la...

lu la pi tido, org ckp pasal hukum dunia la x adil laki tu sorang jer kena tindakan undang2, nyanyuk la cekeding ni, nak berhujah tapi kalah xnak terima
Quote lavacoffee 21-11-2013 02:27 AM
dahliateck posted on 21-11-2013 02:21 AM
lu la pi tido, org ckp pasal hukum dunia la x adil laki tu sorang jer kena tindakan undang2, nyany ...

La..dah undang2 camtu...x puas hati kalu lu p bertekak dgn hakim la...

Quote dahliateck 21-11-2013 02:29 AM
lavacoffee posted on 21-11-2013 02:27 AM
La..dah undang2 camtu...x puas hati kalu lu p bertekak dgn hakim la...

setakat undang2 dunia,sempurna sgt ke, x boleh dicabar ke, x boleh dipersoal ke, akal ada?
Quote lavacoffee 21-11-2013 02:30 AM
dahliateck posted on 21-11-2013 02:29 AM
setakat undang2 dunia,sempurna sgt ke, x boleh dicabar ke, x boleh dipersoal ke, akal ada? :sleepy ...

Voleh...tapi bukan sini dol...

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.184658 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top