Manusia secara semulajadi mempunyai naluri sayangkan haiwan. Kucing, anjing dan ikan biasanya menjadi haiwan peliharaan yang popular. Namun tahukah anda, ada segelintir individu menjadikan haiwan-haiwan liar seperti harimau, ular dan khinzir sebagai haiwan peliharaan kesayangan mereka. Menariknya, pemilik haiwan-haiwan ini tidak gentar memelihara haiwan kesayangan mereka di dalam rumah mereka sendiri. 1. Susie & Colin Webb Pasangan Webb telah membeli seekor anak khinzir melalui internet kira-kira 19 bulan yang lalu. Anak khinzir itu telah diberi nama Babe. Kini, Babe memiliki saiz yang agar besar dengan berat 158.7 kg. 2. Mark Amey & Siouxsie Gillet Pasangan ini berkongsi minat yang sama iaitu memelihara ratusan haiwan liar. Antara haiwan eksotik peliharaan mereka ialah buaya, ular, kura-kura Afrika, khinzir, burung, kelawar, monyet, marmoset, burung hantu, 2 ekor iguana hijau, 6 ekor tarantula dan 30 ekor kalajengking. 3. Felicia Frisco Felicia Frisco telah memelihara seekor harimau yang diberi nama Will. Frisco telah menjaga dan memelihara Will sejak Will dilahirkan melalui projek pendidikan yang dipanggil Tiger Encounter. Walaupun kini Will memiliki saiz yang agak besar, namun Will tetap menemani Frisco tidur di atas katil setiap malam. 4. RC Bridges – ‘The Buffalo Whisperer’ & Sherron Pasangan ini menjadikan 2 ekor kerbau yang diberi nama Wildthing dan Bullet sebagai haiwan peliharaan mereka. Wildthing memiliki berat 1088.6kg manakala Bullet seberat 408.2kg. 5. Rebecca & Joseph Fossett Keluarga Fossett pula memilih untuk memelihara haiwan yang terkenal di padang pasir iaitu unta. Mereka telah memelihara 6 ekor unta yang diberi nama Ruby, Sahara, Sophia, Kokoso, Kazak dan Veneta. Uniknya, keluarga ini lebih gemar menunggang unta-unta peliharaan mereka ke kedai mahupun ke sekolah daripada dengan menggunakan kereta.
|
ADVERTISEMENT