CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekali Cucuk Beratus Ringgit- Doktor Palsu Suntik Orang Guna Air, Tipu Kata Ianya Vaksin

3-7-2021 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2680| Komen: 6

Kampala: Polis menahan dua jururawat dan memburu seorang lelaki yang menyamar berpakaian doktor dan menjual serta mengendalikan pemberian vaksin kepada ratusan orang.

Doktor palsu itu berjaya meyakinkan beberapa syarikat untuk membiayai pemvaksinan pekerja mereka, lapor Independent.

Dia mengenakan bayaran 20 Pound Sterling sehingga 41 Pound Sterling (kira-kira RM115 hingga RM235) untuk setiap suntikan.

Ketua Unit Pemantau Kesihatan Awam di pejabat presiden Dr Warren Naamara berkata, ia adalah satu penipuan yang jelas untuk mendapatkan wang.

Gambar Hiasan
"Kami mengesyaki dia menyuntik orang dengan air kerana ia tidak berwarna, tidak berbau dan tidak berbahaya.


"Kami masih memburunya dan menangkap dua jururawat yang bekerja dengannya," katanya.

Dokumen yang dirampas menunjukkan sekurang-kurangnya 812 orang sudah divaksin namun percaya jumlah itu mungkin lebih banyak.

Semasa serbuan, pihak berkuasa menemui botol yang mempunyai label vaksin palsu dan maklumat penghantaran yang salah.

Penularan dan kematian akibat Covid-19 di Uganda semakin meningkat sejak Mei dengan varian delta menyumbang kepada gelombang jangkitan kedua.

Kempen vaksin yang bermula pada Mac lalu terjejas kerana tiada bekalan Covax mencukupi, yang dihasilkan khusus untuk negara berpendapatan rendah.

Kesannya, orang ramai beratur panjang sepanjang hari untuk mendapatkan suntikan vaksin. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 3-7-2021 11:31 AM
antara negara yang handal dan pro bab2 scamming.
Quote Carcosa 3-7-2021 05:21 PM
Sehina hina manusia adalah manusia yg ambik kesempatan pada org yg terdesak.
Semoga kau mati dlm kehinaan
Quote Artemesiaa 3-7-2021 06:08 PM
Macam2 cara penipuan dilakukan nak bila ada orang dalam keadaan terdesak
Quote imransulaiman 3-7-2021 08:08 PM
Ni sama kes dengan mereka yang ambil kesempatan masa isu Palestine memuncak. Jual produk itu ini kutip derma sana sini...
Quote ikanmasin 4-7-2021 12:28 AM
nsb baik guna air tak memudaratkan atau menyebabkan kematian.kalau tak naya sungguh lah kat org2 tu...

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.055113 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top