TRENTON, New Jersey – Seorang pelajar perempuan di Amerika Syarikat yang dilahirkan memiliki dua rahim dan dua vagina mengaku dia mengalami haid dua kali sebulan dan masih boleh mengalami menstruasi biarpun ketika hamil, lapor laman berita Mirror UK kelmarin.
Paige DeAngelo, 20, mempunyai uterus didelphys iaitu sejenis kecacatan sejak lahir yang menyebabkan dia mempunyai dua sistem reproduktif yang berfungsi sepenuhnya. Keadaan itu menyebabkan dia mengalami dua menstruasi dua kali. Ia juga bermaksud DeAngelo boleh hamil dalam salah satu rahim dan tidak menyedarinya sehinggalah dia mengalami gejala. DeAngelo mendedahkan perkara tersebut di laman TikTok dan berkata, kehamilan boleh berlaku dalam kedua-dua rahimnya pada masa yang sama sekali gus berisiko menyebabkan komplikasi kesihatan.
Menurutnya, dia menderita menstruasi tidak tetap selama bertahun-tahun namun hanya mengetahui menghidap uterus didelphys dua tahun lalu. “Menstruasi saya tidak teratur dan ada kalanya saya didatangi haid selang dua minggu sebulan dan adakalanya selang beberapa minggu,” jelasnya. DeAngelo berkata, keadaannya juga menyebabkan dia berisiko tinggi untuk melahirkan bayi pramatang dan keguguran memandangkan saiz rahimnya lebih kecil berbanding biasa. Dia juga mengakui menangis selepas mendapat tahu tentang keadaannya dan doktor memaklumkan sekiranya dia mahu menjadi ibu, DeAngelo mungkin perlu menggunakan khidmat ibu tumpang. “Saya menangis kerana saya mahukan sebuah keluarga yang besar,” katanya. -CARI Sumber: Harian Metro/Agensi
|
lavendernovella replied at 2-7-2021 09:56 PM
uterus didelphys
mejaputih replied at 2-7-2021 10:05 PM
Mak aii mmg risiko sgt ni kalau nk preggie. Sina dia.
lavendernovella replied at 2-7-2021 10:13 PM
Mmg macam2 bentuk rahim. Beruntung orang2 yang boleh mengandung dan melahirkan. Ramai juga yang me ...
mejaputih replied at 2-7-2021 10:19 PM
Insof..kena syukur dgn apa yg ada.. ada juga penah dgr early 20s pun dh menopos...boleh kemurungan ...
pittjie replied at 2-7-2021 10:22 PM
Mcm depress ya kalau ada masalah ini. Tp lagi sedih kut masalah perempuan yang lahir tanpa Rahim.
kakikuDibibirmu replied at 2-7-2021 08:49 PM
Bestnya ada 4 lubang, 1 atas, 3 bawah
ifanonline replied at 3-7-2021 10:20 AM
tanda kebesaran tuhan, tiada yg mustahil
brownstone replied at 3-7-2021 10:36 AM
Owh...kebesaran.
Di Malaysia, geng lobai duk balun Suhakam pasal kajian gender ketiga. How iron ...
kelapaparut replied at 2-7-2021 09:04 PM
yg suaminye leh pilih hr ni nak lubang tu esok lubang lain, jahatnye lelaki..
manzilla replied at 3-7-2021 11:42 AM
Malangnya ia tidaklah semenarik itu. Kalau kau tengok dari luar nampak macam biasa saja. Tapi kala ...
ADVERTISEMENT