Majlis Tindakan Pengguna Negara, Negeri Selangor (MTPN Selangor) menyahut ‘Kempen kibar bendera putih’ dan akan melancarkan Kempen SINARAN KASIH FOOD BANK’ mulai 7 Julai ini. Kempen anjuran MTPN bertujuan membantu individu terkesan akibat Covid-19, khasnya penduduk di sekitar Selangor dengan meminta penyumbang menyalurkan bantuan dari segi makanan dan minuman serta barangan keperluan asas kepada mereka yang bagai layang–layang putus tali. Dalam kempen ini, MTPN Selangor bukan sahaja menyediakan makanan dan minuman halal di Food Bank setiap hari, mereka juga akan membantu penerima mencari peluang pekerjaan. Di samping itu, individu, syarikat atau korporat yang menyumbang barangan melebihi RM1,000 akan menerima sijil ‘CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY’. ‘Orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi.’ MTPN Selangor mendorong orang ramai agar tidak berputus asa berdepan kesempitan hidup, termasuk terputus bekalan makanan, kehilangan pendapatan atau pekerjaan. Mintalah bantuan pada saluran disediakan atau mencari penyelesaian. - CARI
|
I.K.A888990 replied at 3-7-2021 06:32 AM
usaha dan bantuan yg bagus
ninimastaro replied at 1-9-2021 04:20 PM
korang tau tak petronas dah ada foodbank sekarang? siap boleh sumbang online tak payah pergi stese ...
sulamai replied at 1-9-2021 04:22 PM
tau tau pakcik aku ada pergi ambik bantuan haritu. yeke boleh sumbang online taktahu pulak aku
ADVERTISEMENT