DEMI menjayakan watak seorang pemain boling profesional, pelakon Elisya Sandha mengambil inisiatif mendapatkan khidmat seorang jurulatih peribadi membantunya menjayakan karakter dalam drama bersiri Ratu Ten Pin.
Menurut Elisya atau nama sebenarnya, Nur Elisya Hassan, 22, dia komited untuk membawa watak tersebut dengan baik terutama apabila bergandingan dengan bekas atlet boling kebangsaan, Syaidatul Afifah. "Saya cari inisiatif sendiri dengan belajar daripada jurulatih peribadi. Walaupun sekejap sahaja saya belajar tapi ia merupakan pengalaman yang sangat menyeronokkan. "Saya ada juga request pada coach untuk berlatih setiap hari tapi coach tidak galakkan sebab nanti jari akan berdarah dan melecet. "Lepas itu, dia adjust untuk saya berlatih selama dua jam selang sehari sehingga saya mahir dan nampak tidak kekok dengan sukan tersebut," katanya kepada mStar.
Elisya ditemui pada sesi sidang media virtual bersama barisan pelakon drama Ratu Ten Pin yang diadakan pada Selasa. Menceritakan pengalamannya, adik kepada pelakon Fasha Sandha ini berkata, buku lalinya tercedera ketika menjalani penggambaran untuk drama terbitan JS Pictures itu.
|
virgo19 replied at 2-7-2021 08:28 PM
Nama penuh dia nur elisya faizal la, bukan nur elisya hassan. Hassan tu bekas laki mak dia iaitu bap ...
ADVERTISEMENT