Pelakon Zarina Zainuddin terkedu apabila anak bongsunya, Adam berusia 15 tahun membelanjakan lebih RM10,000 untuk membeli tiga permainan video dalam talian. Lebih mengejutkan Zarina berkata wang simpanan sebanyak RM23,000 untuk kegunaan masa depan pendidikan anaknya itu hanya tinggal RM3 sahaja.
“Selama ini, saya memang beri dia kad bank untuk memudahkan dia membeli data Internet atau makanan dalam talian. Saya tak terfikir langsung yang dia akan menggunakan wang yang saya kumpul dalam akaun peribadinya untuk membeli permainan video itu. “Menggigil satu badan apabila dapat tahu wang itu ‘lesap’. Adam mengaku dia membeli tiga permainan video dalam talian yang setiap satunya berharga RM3,000 hingga RM5,000,” katanya kepada Harian Metro. Sebelum ini, Zarina ada berkongsi video anaknya itu mengaku kesilapannya, bagaimanapun video itu dipadam selepas dikecam netizen yang mendakwa pelakon itu membuka aib anaknya.
“Saya muat naik video itu bukan suka-suka atau nak aibkan anak. Saya cuma nak bagi teladan supaya ibu bapa di luar sana mengawasi pergerakan anak-anak di rumah, lagi-lagi dalam keadaan sekarang ini macam-macam boleh berlaku. “Nak malu apa? Dia bukan mencuri atau merogol anak orang. Dia cuma beli permainan video menggunakan duit dia sendiri dengan jumlah yang begitu besar. Dia mencalarkan kepercayaan saya. Jadi apa yang malunya? Mereka yang kata macam ini tiada fikiran ke?” katanya. Dalam pada itu, Zarina berkata dia seorang ibu yang sangat tegas dengan anak-anak dan akan memastikan mereka mengakui kesilapan serta menanggung kesan daripada kesalahan tersebut. Sumber: RotiKaya
|
Rogue98 replied at 2-7-2021 01:58 AM
Aku tak faham camner matematik ni....kata ada savings 23k...anak beli game 10k...setiap satu harga 3 ...
aderaderker replied at 2-7-2021 12:24 AM
Hmm.. anak umur lima belas tahun dah dibagi access kad debit sendiri.
Ni bukan nak tunjuk aib anak ...
ADVERTISEMENT