Pelakon Nazrief Nazri dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Puchong, Selangor pada tengah malam Khamis selepas mengadu sakit di bahagian perut.
Nazrief atau nama sebenarnya, Mohamad Nazrief Mohamad Nazri, 30, berkata, pada mulanya dia disangka keracunan makanan, namun disahkan mengalami apendiks bengkak selepas mendapatkan rawatan lanjut. "Sebenarnya saya sakit perut sejak petang semalam (Khamis) tapi saya hanya ingat sakit perut biasa sahaja. “Lepas tu saya tak tahan saya ajak isteri ikut pergi klinik sekali dan doktor pun bagi suntikan, cakap saya mungkin keracunan makanan. Kemudian perut saya makin sakit sehingga saya terpaksa call ambulans... isteri pula tengah sarat mengandung.
"Sampai-sampai hospital, doktor check memang appendiks saya dah bengkak, nasib baik belum pecah... kalau tidak lagi teruk saya nak recover," katanya ketika dihubungi mStar. Dalam pada itu, Nazrief berkata, dia dijadualkan menjalani pembedahan membuang apendiks pada petang Jumaat. "Sejak dari malam semalam saya masih lagi belum dapat masuk wad dan ditempatkan di bahagian Emergency Room hospital sebab bilik sangat limited. "Doktor pakar dah datang jumpa dan dia kata saya akan dibedah petang ini. Kalau tiada apa-apa komplikasi, InsyaAllah saya boleh discharged dalam dua, tiga hari lagi. "Nasib baik apendiks saya masih di peringkat awal dan doktor cakap bukan sebab saya kuat makan pedas ke apa... sebaliknya memang ikut nasib, kalau apendiks pecah itu memang dah tahap teruk," katanya lagi.
|
edayildiz replied at 2-7-2021 03:33 PM
kalau pecah blh meniggalkn?
gws
ADVERTISEMENT